Azian Hasan

Menjadi seorang ibu, emak, mama, ummi dan apa saja panggilan yang digunakan adalah satu pengalaman yang tiada tandingannya.  Saya sebagai seorang ibu amat menghargai setiap saat saya lalui sebagai title ‘ibu’. Sekarang anak-anak saya sudah remaja dan zaman saya bergelut dengan karenah nakal mereka sudah lama berlalu. Ramai orang mengatakan …bila anak dah besar boleh relax. Eh, tak jugak..kerana tugas sebagai seorang ibu itu bukankah berterusan, bukannya mengikut umur dan keadaan. Bila anak dah besar lain pulak tugas dan tanggungjawab. Perlu lebih bertoleransi dan lebih memeningkan kepala.
mak

Ada ketikanya rasa seperti dunia ini hanya diperuntukkan untuk menjaga anak-anak sahaja. Tidak ada banyak masa untuk berehat apatah lagi untuk diri sendiri.

Rasa saya ramai ibu-ibu diluar sana mengalami situasi sebegini. Jadi dibawah ini adalah sedikit cadangan untuk semua ibu-ibu diluar sana supaya hidup anda lebih ceria dan gembira.

1. Hobi- Carilah hobi yang sesuai dengan minat anda . Apa yang anda suka lakukan. Jika anda memang sudah mempunyai hobi tetapi anda tidak berpeluang untuk melakukannya , teruskan. Cari juga sedikit masa dari masa anda yang padat untuk menikmati keseronokan melakukan  hobi anda. Mungkin hobi anda adalah menanam bunga, menjahit, melukis atau sebagainya. Anda boleh berbincang dengan suami untuk membantu menjaga anak anda pada waktu-waktu yang tertentu ataupun anda boleh meminta bantuan kaum keluarga anda.  Pastikan anda tidak diganggu oleh sesiapapun. Ini penting kerana walaupun masa yang diperuntukkan adalah sedikit, anda mesti betul-betul gembira melakukan hobi tersebut.

2. Lakukan senaman-Ramai orang merasakan terlalu sukar untuk memberi sedikit masa untuk melakukan senaman. Memang betul, saya akui kerana saya adalah salah seorang dari mereka. Hakikatnya melakukan senaman secara rutin  4 atau 5 kali seminggu bukan sahaja membuatkan anda lebih sihat malah lebih bertenaga untuk menjaga anak-anak yang masih kecil.  Ingat! Mengejar anak-anak yang berlari kesana –sini bukanlah senaman yang dimaksudkan.
3. Membina rangkaian kenalan- Sewaktu saya kecil-kecil dahulu, setiap petang ibu-ibu akan keluar dan bertandang ke rumah jiran ataupun melepak ditepi-tepi pagar untuk bersembang ataupun bergossip. Bukanlah saya mencadangkan anda berbuat demikian. Didalam zaman siber, ada telahpun dihidangkan dengan satu rangkaian melalui internet dimana anda boleh mempunyai ramai kawan dan kenalan . Mungkin pada peringkat awal anda akan merasa sedikit kekok tetapi lama kelamaan , saya yakin anda akan menggemarinya. Daftarlah sebagi ahli di facebook, myspace, friendster,twitter malah anda boleh mempunyai blog anda sendiri. Jaringan sebegini akan memberi  anda peluang untuk berkongsi minat, mendapat informasi, berkongsi cerita , bertegur sapa dan sebagainya.  Anda tidak perlu mengeluarkan wang dan anda boleh melakukannya pada bila-bila masa yang anda suka. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan ‘stress’ anda.

4. Membaca- Bilakah kali terakhir anda mengambil sebuah buku dan membaca? Maksud saya buku untuk anda  dan bukan buku yang anda bacakan untuk anak-anak  atau buku yang berkaitan perihal bagaimana untuk menjaga anak ataupun majalah wanita yang banyak terdapat dipasaran. Lebih tepat lagi buku yang berbentuk novel yang anda suka. Tak kiralah novel romantik, novel penyiasatan, cerita hantu atau apa-apa sahaja.  Cuba buat kira-kira agaknya dah terlalu lama anda tidak membaca buku-buku tersebut, bukan. Membaca buku yang boleh menimbulkan keseronokan adalah salah satu cara untuk lari  dari memikirkan tugas-tugas harian buat sementara waktu.

5. Melakukan kerja-kerja amal-Banyak pertubuhan yang menawarkan kerja-kerja amal . Anda boleh menawarkan  pertolongan kepada mereka dan ianya akan menjadi contoh kepada anak-anak anda nanti.  Anda juga boleh aktif melakukan aktiviti-aktiviti amal ditempat kediaman anda.

6. Memulakan perniagaan dari rumah-  Saya boleh dengar alasan anda. ‘Mana boleh berniaga jika anak-anak masih kecil’.  Bagi anda yang memerlukan wang tambahan, menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah pilihan terbaik. Anda tidak perlu mempunyai pembantu rumah. Semuanya boleh dilakukan sendiri asalkan anda bijak mengurus masa dan mempunyai kesungguhan yang tinggi.  Jenis perniagaan apa yang anda pilih bergantung kepada minat dan keupayaan anda. Anda boleh juga menjual barang-barang yang dapat dibeli secara borong dan menjualnya kembali dari rumah anda.  Berjumpa dengan pembeli dan pengalaman menguruskan perniagaan akan menceriakan hari anda. Tambahan pula jika ianya membawa keuntungan.

Kadangkala memberi  sedikit masa dan peluang kepada diri kita untuk keluar sekejap dari rutin seharian dan melakukan apa yang kita suka akan menceriakan hari kita dan keluarga khasnya.  Kita akan lebih bersemangat, segar  dan lebih bersedia untuk kembali menjalankan tugas-tugas harian .  Sebagai seorang ibu, biasalah kita terlalu sibuk dengan urusan keluarga sehinggakan kita merasa bersalah untuk mempunyai masa sendiri. Cubalah sekali sekala melakukan apa- yang sesuai untuk anda. Ini bukan bermakna anda mengabaikan keperluan keluarga….

Semoga anda sentiasa manghargai anda sebagai seorang ibu dan….’Selamat Hari Ibu’ (belum terlambat saya mengucapkannya kan!)

Sudah agak lama ruangan Santai Sunday menyepi diri.  Hajat di hati memang hendak konsisten menulis untuk ruangan ini tapi apakan daya, tak terkejar rasanya masa yang berlalu terlalu cepat.  Mungkin selepas ini saya akan cuba menulis untuk ruangan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sekurang-kurangnya dapatlah saya berkongsi  cerita -cerita perniagaan makanan. Ada yang melucukan, mengelirukan dan macam-macam lagi.

Sebagai contoh, tadi kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran kopitiam yang baru dibuka di kawasan rumah saya.  Baru tak barunya dah masuk kali keempat jugalah saya ke sana.  Banyak tarikan dan keistimewaan kedai tersebut dan selama saya mengunjungi kedai tersebut, saya amat berpuas hati dengan makanan yang disajikan…sedap dan cantik.

Namun satu perkara yang menghantui kepala saya, apakah konsep kedai ini! Namanya kedai kopitiam, tetapi dekorasinya ala-ala mamak dicampurkan dengan  restoran melayu, menunya terdiri dari kesemua makanan di kedai melayu, ala-carte, western, nasi campur dan pelbagai jenis makanan dari makanan sarapan, tengahari, petang, hinggalah ke larut malam. Presentation makanan pulak memang kelas dan boleh disama tarafkan dengan ‘fine dining’.  Menarikkan! Macam iklan Astro aje,’ macam-macam ada’.

Mungkin atas konsep  ‘all in one’  itulah ramai pelanggan berkunjung ke kedai tersebut .  Suatu yang ‘bagus tetapi saya dapat rasakan bahawa tuan punya kedai tersebut akan menghadapi masalah besar dari segi untuk mengekalkan mutu makanan,  perkhidmatan, cash-flow dan sebagainya.

Nak dipendekkan cerita, semasa saya melangkah masuk ke kedai tersebut tadi,  saya mula merasakan keadaan kelam kabut di dalam kedai tersebut. Rupa-rupanyapekerja-pekerjanya sedang dimarahi oleh cashier kedai tersebut. Tak keruan gayanya pekerja-pekerja tersebut. Buat itu salah, ini salah. Gelagat mereka diperhatikan oleh kebanyakan pelanggan dan saya rasa mungkin mereka hairan dengan apa yang berlaku.

Dalam pada itu ternampaklah oleh saya ada pulak pekerjanya mengupas udang di salah satu meja makan di pintu masuk ke kedai tersebut dan diletaknya baldi pulak  berdekatan dengannya. Tak sesuai sungguh mereka melakukan kerja-kerja sebegitu di hadapan pelanggan . Ini bukannya kedai warung, ini kedai ada kelas…berhawa dingin lagi.

Satu cerita lagi ialah kami terpaksa menunggu lama untuk makanan kami sampai, hinggakan orang lain yang datang kemudian dah pun kenyang dan nak beredar balik.  Apabila makanan kami sampai,  perut pun dah masuk angin.

Saya termenung seketika,  itulah padahnya jika kita tidak mempunyai satu sistem yang boleh memudahkan perjalanan perniagaan kita.  Seperti apa yang terjadi di kedai tersebut,  saya lihat muka pekerja-pekerjanya kepenatan yang amat sangat.  Mana tidaknya… sekejap berlari ke dapur, sekejap berlari mengambil order, sekejap menjerit ke sini ke sana. Dalam hati saya,  rasanya pekerja-pekerja ini takkan lama bekerja di sini, tambahan lagi kebanyakan pekerjanya adalah orang Melayu.

Santai Sunday berkata: Jika kita menjalankan perniagaan yang melibatkan pekerja, kita perlu mengakui yang mereka memainkan peranan penting di dalam jatuh bangunnya perniagaan. Mereka mesti suka kepada pekerjaaan mereka, puas hati dan boleh bekerja di dalam satu pasukan. Tetapi kita sebagai tuan punya perniagaan tidak jugak boleh sewenang-wenangnya mengikut segala kemahuan mereka . Kita perlu mempunyai satu sistem yang mampu mengatasi masalah-masaalah pekerja dan sistem itulah yang akan dipakai jika kita mengembangkan perniagaan kita nanti.

Contoh yang paling simple…..restoran makanan ‘fast food’.  Sistem yang digunakan mampu mengatasi masalah pekerja dan sistem itulah yang membawa keuntungan kepada mereka. Mereka tidak memerlukan tukang masak untuk memasak makanan, budak lepasan SPM pun boleh melakukannya.  Segala cara bekerja, sikap dan cara penampilan hanya mengikut satu sistem dan peraturan yang sama di setiap cawangan. Tidak memeningkan kepala dan dapat mengurangkan masalah pekerja.

Jika kita dapat menghasilkan sistem sebegitu di dalam perniagaan kita, saya pasti perniagaan kita akan sentiasa berjalan dengan lancar.  Mutu makanan dan perkhidmatan sentiasa menjadi kepuasan pelanggan yang utama.

Salam semua,

Atas alasan yang boleh diterima iaitu ‘terlupa’, saya memohon maaf kepada pembaca  blog saya ini kerana terlewat untuk mengumumkan tentang keluaran e-majalah saya yang pertama. Majalah ini diberi nama Majalah i-Dapur. Tuan-tuan dan puan-puan…Memperkenalkan Majalah i-Dapur.

cover

Matlamat kami ialah untuk berkongsi kisah-kisah kejayaan terutamanya kejayaan mereka yang berniaga dari rumah dan Insya Allah akan dikeluarkan pada setiap bulan. Semoga kisah-kisah sebegini akan memberi semangat dan inspirasi kepada kita untuk terus berusaha mencipta kejayaan. Majalah i-Dapur secara khususnya akan membincangkan perihal bagaimana kita boleh mengoptimasikan rumah terutamanya dapur kita baik dari sudut bisnes mahupun penggunaan seharian. Insya Allah ia akan dipenuhi dengan pelbagai cerita bisnes dari dapur, tips-tips dan petua-petua menarik.

Majalah ini juga akan menitipkan informasi, tips dan berita terkini tentang perniagaan dari dapur dan rumah.  Malahan sekiranya anda juga ada perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama-sama, bolehlah anda emel kepada kami agar boleh kita siarkankan untuk edisi yang akan datang. Di dalam edisi bulan ini, kami memberi fokus terhadap perniagaan kelas memasak.

Perniagaan sebegini boleh diketengahkan dengan memberi pendekatan dan penampilan yang boleh menarik minat orang ramai dan yang bagusnya ia boleh dijalankan hanya dari dapur atau rumah anda sahaja. Apa yang penting ialah kita perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal sebelum terjun di bidang ini. Bisnes dari dapur bukan sekadar main tangkap muat sahaja. Oleh itu sebelum memulakan langkah pertama kita perlu tingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

Iringkan dengan doa dan tawakal kepada Allah sentiasa, kami pasti anda akan berjaya mencipta kejayaan yang diimpikan. Harapan kami semoga anda mendapat manfaat dari majalah ini. Kami juga mengalu-alukan pendapat dan pandangan dari anda. Oh ya majalah ini percuma sahaja. Untuk dapatkan satu cuma emelkan pesanan kepada majalah@duniadapur.com. Sharing is Caring!!

By the way, I was featured in NST (Tech&U) a couple of weeks back. . Thanks Ana.

yan-in-nst

Sebagai seorang usahawan, komunikasi adalah amat penting. Tujuan pertama berkomunikasi adalah untuk memberi maklumat tepat dan betul kepada prospek tentang perniagaan yang dijalankan dan secara tidak langsung berperanan sebagai landasan untuk prospek mengenali siapa diri kita. Komunikasi manusia adalah satu proses halus yang yang digunakan untuk berinteraksi, mengawal satu sama lain dan memperolehi kefahaman.

Bagi usahawan yang sudah didedahkan dengan cara yang betul untuk berkomunikasi di tempat kerja mungkin tidak menghadapi masaalah berlainan pula bagi mereka yang sebelum ini tiada pendedahan langsung seperti mereka.

Didalam entri kali ini, saya ingin menekankan tentang etika dan tip-tip berkomunikasi dengan betul di telefon. Semoga ia dapat membantu anda yang merasakan perlu membuat perubahan dari segi mutu komunikasi dengan pelanggan dan prospek.

Telefon memang merupakan alat yang utama untuk berkomunikasi khususnya bagi surirumah yang berbisnes dari rumah. Mungkin sebelum ini telefon digunakan sebagai alat untuk bertanya khabar dan berbual dengan sahabat, keluarga atau jiran tetapi apabila sudah bergelar usahawan, anda sudah mula menerima panggilan dari prospek yang ingin bertanya perihal bisnes ataupun ingin membuat tempahan.

Dari pengalaman saya, proses tersebut agak janggal pada mulanya kerana saya seperti tidak tahu hendak bercakap macamana….nak cakap formal ke…nak cakap macam operator ke…silap haribulan mereka yang menelefon tidak berminat lagi untuk mengetahui tentang bisnes anda.

phone3phone4phone2

phone1Jadi di bawah ini ada beberapa tips yang patut kita praktiskan. Walaupun nampak acam taklah berapa penting tetapi kesannya besar.

  • Senyum–Letakkan cermin berhadapan dengan anda apabila anda bercakap melalui telefon. Kalau boleh tulis  ‘Jangan lupa senyum bila bercakap’ di atas kertas yang kecil dan lekatkan di bahagian bawah cermin. Tahukah anda jika anda senyum semasa bercakap, orang yang bercakap dengan anda tahu yang anda yang anda sedang tersenyum melalui nada suara anda.Buat latihan sebanyak yang mungkin – bercakap sambil tersenyum di depan cermin.
  • Duduk dengan postur yang betul- cara anda duduk akan mempengaruhi nada suara anda. Cubalah anda bercakap sambil berbaring….suara anda akan kedengaran santai dan tidak serius. Seakan suara sepasang kekasih yang bercakap di telefon mendayu-dayu, bukan? Bila kita bercakap dengan prospek atau pelanggan, bayangkan anda duduk berdepan dengan mereka seperti sedang membuat temuduga. Suara anda yang keluar kedengaran lebih serius dan meyakinkan.
  • Elakkan lawak bodoh – Kadangkala kita lupa ataupun memang tidak tahu membezakan apabila bercakap dengan prospek ataupun kawan atau keluarga kita. Sebagai surirumah mungkin kita sudah terbiasa berbual kosong dengan kawan dan jiran dan tanpa kita sedari, kita terbawa-bawa perbualan sedemikian di dalam telefon dengan propek dan pelanggan kita. Kita sebagai usahawan perlu menunjukkan personaliti yang baik kepada prospek. Di dalam hal ini kemungkinan prospek akan membuat telahan sendiri jika anda berbual dengannya dalam nada yang tinggi, membuat lawak bodoh dan ketawa terbahak-bahak. Ini akan memusnahkan kredibiliti anda.Jangan rosakkan hubungan perniagaan dengan prospek kita hanya disebabkan kesalahan tersebut. Oleh itu adalah lebih baik jika member nombor telefon yang berlainan kepada prospek anda . Gunakan satu nombor khas telefon bimbit anda hanya untuk tujuan perniagaan.
  • Fokuskan mata kepada suatu tempat sahaja semasa anda bercakap di telefon.- Mungkin kedengaran seperti sesuatu yang tidak masuk akal tetapi cubalah dan anda akan rasakan kelainannya. Apabila bercakap melalui telefon cuba fokuskan mata anda disuatu objek sahaja seperti frame gambar atau apa sahaja objek yang mempunyai kurang gangguan. Suara anda akan kedengaran lebih professional.
  • Bercakap dalam nahu yang betul- Bukanlah bermaksud anda perlu menggunakan bahasa baku, cuma bercakaplah dengan prospek dalam bahasa yang ia rasa selesa. Jika prospek anda bercakap sama bahasa daerah dengan anda lakukanlah. Mungkin ini akan membantu mempercepatkan perhubungan anda dengan mereka. Cuba elakkan menggunakan perkatan ‘uh’ , ‘um’ atau ‘errr’ apabila anda tidak tahu untuk meneruskan perbualan. Berhenti seketika mulakan perbualan kembali apabila anda sudah bersedia. Bercakap dengan terlalu cepat juga akan menjadikan prospek anda kurang selesa dengan anda. Mereka mungkin berprasangka bahawa anda sedang takut atau menipu.

Dengan mengikuti tip-tip yang simple seperti di atas, anda akan kedengaran lebih professional. Prospek akan lebih berkeyakinana terhadap and adan ia akan membantu kecemerlangan bisnes anda.

Salam semua,

Jika anda seorang yang tidak tahu duduk diam…. berbisnes sana sini serta tidak tahu erti penat dan putus asa, berani dan sanggup menghadapi risiko, itu  tandanya anda boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai minat yang mendalam didalam bidang perniagaan. Kemungkinan besar anda akan menjadi seorang yang berjaya didalam bidang keusahawanan. Syabas kepada anda!

Namun begitu sekadar mempunyai ciri-ciri tersebut tidak akan menjamin kejayaan  seperti yang diharapkan.  Mungkin anda hanya mampu menjadi seorang peniaga dan jauh lagi untuk mencapai tahap seorang usahawan. Banyak faktor-faktor yang perlu anda ketahui dan pelajari untuk membantu anda untuk mencapai hasrat dan cita-cita dan anda  perlu bijak memilih yang mana sesuai dan yang mana satu yang lebih penting untuk diri dan bisnes anda.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya,  ramai dari mereka yang minat dan cenderung untuk  berniaga akhirnya gagal didalam usaha mereka  ataupun bisnes yang dijalankan  tidak kemana. Ini kerana mereka kurang fokus terhadap bisnes mereka. Awas! anda telahpun dijangkiti penyakit  kurang fokus.

Contoh penyakit kurang fokus:

Jika anda seorang guru, anak murid yang mengalami penyakit kurang fokus ini sukar untuk cemerlang didalam pelajaran mereka . Ini mungkin kerana mereka tidak tahu duduk diam, terlompat sana, terlompat sini ataupun mereka yang duduk dengan sopan dan santunnya tetapi fikiran menerewang entah kemana. Mereka pergi ke sekolah setiap hari, sanggup bangun awal pagi dan membawa beg yang berat ke sekolah.  Namun mereka sukar untuk cemerlang kerana kurang fokus terhadap pembelajaran mereka.

Bukanlah tujuan saya untuk menyamakan kita(bakal usahawan ) dengan kanak-kanak sekolah tetapi kebenarannya ada. Perkara sebegini sering terjadi kepada mereka yang baru hendak mengorak langkah didalam dunia bisnes.  Mereka terlalu bersemangat dan aggresif didalam perniagaan yang baru diceburi tetapi lama kelamaan momentumnya semakin perlahan dan kadangkala terus hilang. Tidak terkecuali juga bagi anda yang akan dan sedang menjalankan bisnes dari dapur…..bulan ini jual nasi lemak, bulan depan jual kek, bulan depan jual gelang kristal dan begitulah seterusnya. Akhirnya anda hanya dikenali sebagai penjual  barang itu, barang ini…betul tak!

Penyakit sebagini berlaku kerana terlalu dihujani oleh terlalu banyak maklumat(information overload) didalam dunia bisnes. Banyak disogok oleh kisah-kisah manis usahawan yang berjaya, lantas anda terlalu ‘excited’ dan tanpa membuat penyelidikan anda terus sahaja mencari modal dan membuka perniagaan seperti mereka.  Anda perlu tahu setiap kemanisan bagi kajayaan mereka pasti ada pahit maungnya. Inilah realiti.

Oleh itu, sebelum anda log masuk(log-in) username sebagai seorang usahawan pastikan password anda adalah fokus. Jika produk yang anda jual berpotensi, berkualiti tinggi( ini tiada kompromi ye.), harga berpatutan, fokuslah kepada bisnes tersebut.  Biarlah beribu cerita manis anda dengar tentang jenis bisnes lain, arrrrgh! pedulikan….fokus kepada perniagaan anda. Tiba kepada satu tahap anda akan merasai kemanisannya.  Fokus dan fokus…..setelah bekerja kuat, tambahkan ibadat, kuatkan bersedekah….PASTI ALLAH akan bantu!

fokus2Dengan fokus kepada satu-satu perniagaan anda akan lebih mahir didalam bidang tersebut. Perkara-perkara yang agak sukar untuk diuruskan pada awalnya akan menjadi semakin mudah.  Pasaran anda akan menjadi semakin luas dan semakin mudah untuk anda menguasainya.  Seterusnya anda akan lebih mudah mendapat kepercayaan dari pelanggan dan juga pembekal anda.

Mulakan langkah awal bisnes anda dengan Fokus!

Saya sering mengatakan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan dari dapur bahawa ia  adalah salah satu perniagaan yang berpotensi untuk di ketengahkan.  Namun begitu ia bergantung kepada kreativiti anda sendiri untuk menjayakannya.  Anda perlu berani mencuba idea-idea perniagaan yang baru dan sesuai dengan citarasa dan keperluan masyarakat.

Mungkin kebanyakan orang merasakan perniagaan yang membawa  penampilan sebagai seorang yang comot, memakai apron, muka kemerahan dek bahang dapur dan oven, tangan yang sentiasa bermain sabun sebagai bisnes yang tak ada kelas.  Bisnes sebegini seringkali tidak mendapat perhatian terutama sekali oleh anak-anak remaja dan kaum lelaki.   Bila memperkatakan bisnes dari dapur, apa yang terbayang di pemikiran adalah menjual beraneka kek, biskut, kuih-muih dan nasi lemak.

Saya merasakan kita semua perlu membuat perubahan terhadap persepsi sebegini kerana di negara-negara luar, bisnes sebegini mula menarik perhatian ramai.  Banyak idea-idea baru timbul hasil dari idea bisnes dari dapur. Bukankah berbisnes begini menyeronokkan…kurang tekanan kerja, kurang modal dan boleh menghasilkan pulangan yang baik.

Mari kita tonton video di bawah!

Jessi Walter telah diberhentikan kerja bersama 14,000 pekerja yang lain akibat daripada kemelesetan ekonomi.  Beliau yang dulunya bekerja di Wall Streets berjaya membuka sebuah kelas memasak untuk kanak-kanak yang diberi nama ‘cupcake  kids’.

Kini beliau mengecapi kejayaan yang lebih bermakna berbanding semasa beliau bekerja dahulu.  Hidupnya lebih bahagia!

Salam semua,

Mahukah anda menghasilkan kek dengan cepat dan mudah? Pasti ramai yang mahu, betul tak? Tetapi membuat kek bukanlah semudah yang disangkakan. Orang yang mahir di dapur pun sering kali merungut kerana membuat kek adalah proses yang merumitkan, melecehkan dan memakan masa yang lama. Saya sendiri pun mengalami keadaan seperti itu.

Saya memang meminati membuat kek sejak saya belum berkahwin lagi. Seronok rasanya bila orang memuji kek buatan sendiri. Tambah mengujakan bila rakan-taulan serta saudara-mara mula menempah kek daripada saya walaupun pada asalnya saya hanya tahu  membuat satu jenis kek sahaja. Oleh kerana minat yang mendalam maka dengan dorongan suami saya mula mempelajari ilmu membuat kek ini secara serius dengan pakar-pakar kek. Ribuan ringgit saya laburkan untuk mendalami ilmu membuat kek ini.Saya berguru dengan ramai orang pakar. Asal ada kelas yang menawarkan pembelajaran kek terbaru, pasti saya akan mendaftar. Hasilnya kini saya memang agak mahir membuat kek.

Tetapi saya mendapati bahawa kebanyakan proses membuat kek ini agak  melecehkan. Dan saya mula tertanya-tanya, mengapa membuat kek perlu menjadi satu proses yang rumit? Yalah, dengan bahan-bahan kek yang pelbagai, peralatan-peralatan membuat kek yang bermacam bentuk serta peraturan membuatnya yang berbeda-beda mengikuti jenis kek, proses membuat kek memang boleh memeningkan kepala.

Dan saya juga mula terfikir, kenapa perlu mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk belajar membuat kek?

Dengan kesedaran itu saya telah berusaha untuk mencipta respi-respi kek yang lebih mudah dan cepat dibuat dengan hasil yang membanggakan. Saya menghabiskan masa hampir setahun mencuba dan mengubah-suai resipi-resipi kek agar ia menjadi mudah dan cepat untuk disediakan.

Hasilnya ialah Koleksi Resipi Kek Mudah Cepat yang memaparkan 15 jenis resipi kek berbeda dan lazat. Saya pasti dengan hanya berpandukan resipi yang ada ini anda akan mampu menghasilkan sebiji kek yang lazat dan pasti orang akan memuji kesedepan kek anda. Malah, jika anda bercita-cita untuk berniaga kek, kek-kek yang mudah ini juga sesuai untuk dijual kepada khalayak ramai. Kenapa? Sebab ia pasti sedap. dan anda tidak perlu bersusah-payah menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan untuk menghasilkan kek sebegini.  Hanya masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan putar menggunakan hand-mixer. Begitu mudah, kan?

Dari Dapur Azian Hasan

coverkekfinal


Antara resipi-resipi kek yang terdapat di dalam mini e-book ini adalah:

Kek Warna-Warni

Kek Pasir Bersos Ceri

Kek Oren Berkas-kas

Kek Kopi

Kek Strawberri

Kek Lemon Kelapa

Kek Halia Bermadu

Kek Kuning Bersalut Coklat

Kek Beri Biru Crumble

Kek Red Velvet Berkeju

Kek Pandan Kelapa

Kek Coklat

Kek Kelapa Madu

Kek Pisang Gula Hangus

Brownies

cakes15


Bagi anda yang ingin memulakan bisnes kek dari dapur, ini adalah peluang terbaik untuk anda, anda tidak perlu membuang duit untuk menghadiri kelas-kelas membuat kek, membeli perlalatan kek yang lengkap dan membeli bahan-bahan kek yang pelbagai.  Anda juga dapat menjimatkan masa anda.  Tak perlu lagi menghabiskan banyak masa di depan ketuhar dan anda boleh peruntukkan banyak masa untuk tujuan promosi dan lain-lain.  Jangan ketinggalan!

Resipi kek cepat-mudah ini diberi sebagai Bonus pembelian E-book Dapur-Lubuk Duit Anda. Pembelian melalui pakej ini dengan harga yang berpatutan akan membantu mereka yang berhasrat untuk berkecimpung di dalam bisnes ini.  Bagi mereka yang hanya ingin memiliki e-book resipi kek cepat-mudah ini, anda tak perlu risau kerana harga yang kami tawarkan bersama pakej adalah jauh lebih murah dari harga e-book resipi itu sendiri.

Untuk membuat pesanan, sila klik disini



Kalendar

June 2017
M T W T F S S
« Aug    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives