Azian Hasan

Strategi Meletakkan Harga

Posted on: May 18, 2009

Di dalam dunia perniagaan, proses meletakkan harga adalah salah satu strategi perniagaan yang paling penting. Walaupun anda menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, meletakkan harga masih dibawah kawalan 4P iaitu Product, Place, Price & Promotion. (keterangan lanjut di dalam e-book Rahsia Buat Duit Dari Dapur yang boleh didapati melalui www.duniadapur.com)

pricing

Menetapkan harga ini ibarat peribahasa ‘ menarik rambut di dalam tepung”. Jika harganya mahal sangat nanti tak ada pula pelanggan, dan akhirnya produk tak laku pulak nanti. Kena pulak anda menjual produk makanan yang tidak tahan lama.Namun begitu sekiranya kita meletakkan harga yang murah pulak ditakuti produk habis dijual tetapi untungnya entah kemana. Itu belum lagi kalau murah sangat ditakuti pelanggan melabelkan produk kita tak berkualiti dan ataupun kita terjebak di dalam ‘perang harga’ dengan saingan kita lalu akhirnya kesemua orang akan menanggung rugi.

Mengaku atau tidak, proses meletakkan harga adalah satu proses yang agak sukar. Ia memerlukan satu strategi atau taktik yang perlu anda cuba dan cuba dan cuba. Bagi membantu anda meletakkan harga dengan lebih efektif, mungkin anda boleh mengikuti beberapa strategi seperti di bawah:

# Harga produk anda diakhiri dengan angka ‘9’ dan ‘7’– Selalunya pengguna mengaitkan nombor-nombor berikut dengan kualiti. Sedar atau tidak, kebanyakan pasaraya-pasaraya besar dan restoran-restoran ‘fast food’ menggunakan strategi ini. Strategi harga ini menggunakan ‘pendekatan psikologi‘ terhadap minda pembeli. Sebagai contoh, tanpa sedar, pembeli merasakan harga produk RM 9.99 dikatakan jauh lebih murah dari produk yang berharga RM10, sedangkan bezanya hanyalah 0.01 sen sahaja. Namun begitu strategi harga ini hanya boleh digunakan untuk produk yang mempunyai harga tetap . Tak pernah lagi saya berjumpa dengan gerai menjual goreng pisang dengan harga 0.99 untuk 3 keping. Emmm..tapi mungkin anda boleh gunakan idea ini untuk mencuit hati pelanggan anda. Katakan anda menjual nasi lemak 0.99sen…berikan nama nasi lemak anda ‘nasi lemak 0.99 sen (ingatkan jangan letak tanda RM di depan), kemungkinan besar nasi lemak anda akan meletop dipasaran dan pelanggan yang biasa membeli nasi lemak dengan harga RM1 akan beralih kepada nasi lemak anda. Ini sekadar idea dari kepala saya sahaja, mana tahu idea ini berkesan!

# Bayaran sekaligus (early bird prices)- Kebiasaannya strategi meletakkan harga dengan cara sebegini adalah untuk mempromosikan bisnes yang menawarkan perkhidmatan. Anda masih boleh menjual produk tetapi apa yang diserlahkan adalah perkhidmatan yang menampilkan ‘kepuasan pelanggan’. Dengan itu pelanggan tidak akan ragu-ragu lagi untuk mengeluarkan wang dan membayar wang sekaligus kepada anda. Namun begitu strategi sebegini memerlukan anda kreatif untuk menawarkan perkhidmatan dan produk secara percuma kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, anda sebagai katerer mungkin boleh menawarkan hidangan makanan meja pengantin secara percuma kepada pelanggan yang membayar sekaligus untuk pakej perkahwinan.

# Harga berprestij – Perkataan ‘prestij’ itu sendiri menggambarkan martabat, kuasa, glamour dan status. Sudah pastilah produk atau perkhimatan anda tergolong untuk pembeli yang di dalam golongan sebegini. Sebagai contoh, latte yang dijual di Starbucks adalah mempunyai harga yang lebih tinggi dari harga kopi berkrim di restoran –restoran lain. Sedangkan rasanya lebih kurang sama saja. Apa yang menjadikan nilai latte di Starbucks begitu tinggi dan pengguna tidak merungut pun untuk membayar latte tersebut? Tak ada tunjuk perasaan pun. Jawapannya adalah ‘bagaimana pembeli atau pelanggan melihat dan menilai produk anda’. Oleh itu anda perlu lebih berinovasi untuk menghasilkan produk yang sebegitu supaya anda boleh meletakkan harga yang tinggi tanpa menerima rungutan dari pembeli. Mulalah membuat pembungkusan dan pelabelan yang menarik dan tampak berkelas terhadap produk anda.

# Bandingan dengan Harga Kukuh – Bila pembeli tidak berapa biasa dengan sesuatu produk, mereka akan membandingkan harga produk tersebut dengan harga produk yang sudah kukuh. Oleh itu eloklah jika anda membandingkan harga anda dengan produk serupa yang ada di pasaraya. Sebaik-baiknya sebagai permulaan, kurangkan 15% dari harga produk tersebut.

# Harga mengikut bilangan – Pelanggan sentiasa terbuka kepada idea-idea baru dalam membeli produk. Strategi menjual produk dalam elemen bilangan mungkin dapat membantu anda menambahkan jualan. Contohnya beli 3 botol jus dengan harga RM 10. Pembeli tiada pilihan lain dan merasakan mereka dapat menjimatkan wang mereka dengan harga sebegitu.

# Harga Pelbagai Cara Pembayaran – Anda juga boleh menawarkan strategi pelbagai cara pembayaran dengan iklan untuk menjimatkan wang. Strategi ini lebih kurang sama dengan strategi di atas tetapi digunakan untuk pembayaran yang melibatkan produk yang mahal. Anda boleh menawarkan pembayaran produk dengan 4 kali bayaran atatu sebagainya. Pembeli tidak akan merasakan satu bebanan untuk membayar sebanyak 4 kali bayaran. Bukan sahaja pembeli gembira malahan mereka amat menghargai anda .

# Harga tawaran – Semua orang sukakan harga tawaran. Anda boleh tawarkan harga murah dengan membuat promosi secara besar-besaran. Gunakanlah apa-apa sahaja cara pengiklanan untuk memberitahu bahawa anda akan mengadakan tawaran harga. Jangan takut untuk meletakkan barapa banyak harga yang telah dikurangkan dan jangan lupa juga meletakkan berapa banyak harga yang dapat mereka jimatkan. Pelanggan akan lebih yakin lagi akan produk anda.

Gunalah strategi harga yang dicadangkan seperti di atas . Anda juga boleh menggunakan beberapa strategi harga sekaligus. Bergantung atas kesesuaian bisnes anda. Selamat mencuba!

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: