Azian Hasan

Menjadi Seorang Ibu

Posted on: May 14, 2009

Menjadi seorang ibu, emak, mama, ummi dan apa saja panggilan yang digunakan adalah satu pengalaman yang tiada tandingannya.  Saya sebagai seorang ibu amat menghargai setiap saat saya lalui sebagai title ‘ibu’. Sekarang anak-anak saya sudah remaja dan zaman saya bergelut dengan karenah nakal mereka sudah lama berlalu. Ramai orang mengatakan …bila anak dah besar boleh relax. Eh, tak jugak..kerana tugas sebagai seorang ibu itu bukankah berterusan, bukannya mengikut umur dan keadaan. Bila anak dah besar lain pulak tugas dan tanggungjawab. Perlu lebih bertoleransi dan lebih memeningkan kepala.
mak

Ada ketikanya rasa seperti dunia ini hanya diperuntukkan untuk menjaga anak-anak sahaja. Tidak ada banyak masa untuk berehat apatah lagi untuk diri sendiri.

Rasa saya ramai ibu-ibu diluar sana mengalami situasi sebegini. Jadi dibawah ini adalah sedikit cadangan untuk semua ibu-ibu diluar sana supaya hidup anda lebih ceria dan gembira.

1. Hobi- Carilah hobi yang sesuai dengan minat anda . Apa yang anda suka lakukan. Jika anda memang sudah mempunyai hobi tetapi anda tidak berpeluang untuk melakukannya , teruskan. Cari juga sedikit masa dari masa anda yang padat untuk menikmati keseronokan melakukan  hobi anda. Mungkin hobi anda adalah menanam bunga, menjahit, melukis atau sebagainya. Anda boleh berbincang dengan suami untuk membantu menjaga anak anda pada waktu-waktu yang tertentu ataupun anda boleh meminta bantuan kaum keluarga anda.  Pastikan anda tidak diganggu oleh sesiapapun. Ini penting kerana walaupun masa yang diperuntukkan adalah sedikit, anda mesti betul-betul gembira melakukan hobi tersebut.

2. Lakukan senaman-Ramai orang merasakan terlalu sukar untuk memberi sedikit masa untuk melakukan senaman. Memang betul, saya akui kerana saya adalah salah seorang dari mereka. Hakikatnya melakukan senaman secara rutin  4 atau 5 kali seminggu bukan sahaja membuatkan anda lebih sihat malah lebih bertenaga untuk menjaga anak-anak yang masih kecil.  Ingat! Mengejar anak-anak yang berlari kesana –sini bukanlah senaman yang dimaksudkan.
3. Membina rangkaian kenalan- Sewaktu saya kecil-kecil dahulu, setiap petang ibu-ibu akan keluar dan bertandang ke rumah jiran ataupun melepak ditepi-tepi pagar untuk bersembang ataupun bergossip. Bukanlah saya mencadangkan anda berbuat demikian. Didalam zaman siber, ada telahpun dihidangkan dengan satu rangkaian melalui internet dimana anda boleh mempunyai ramai kawan dan kenalan . Mungkin pada peringkat awal anda akan merasa sedikit kekok tetapi lama kelamaan , saya yakin anda akan menggemarinya. Daftarlah sebagi ahli di facebook, myspace, friendster,twitter malah anda boleh mempunyai blog anda sendiri. Jaringan sebegini akan memberi  anda peluang untuk berkongsi minat, mendapat informasi, berkongsi cerita , bertegur sapa dan sebagainya.  Anda tidak perlu mengeluarkan wang dan anda boleh melakukannya pada bila-bila masa yang anda suka. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan ‘stress’ anda.

4. Membaca- Bilakah kali terakhir anda mengambil sebuah buku dan membaca? Maksud saya buku untuk anda  dan bukan buku yang anda bacakan untuk anak-anak  atau buku yang berkaitan perihal bagaimana untuk menjaga anak ataupun majalah wanita yang banyak terdapat dipasaran. Lebih tepat lagi buku yang berbentuk novel yang anda suka. Tak kiralah novel romantik, novel penyiasatan, cerita hantu atau apa-apa sahaja.  Cuba buat kira-kira agaknya dah terlalu lama anda tidak membaca buku-buku tersebut, bukan. Membaca buku yang boleh menimbulkan keseronokan adalah salah satu cara untuk lari  dari memikirkan tugas-tugas harian buat sementara waktu.

5. Melakukan kerja-kerja amal-Banyak pertubuhan yang menawarkan kerja-kerja amal . Anda boleh menawarkan  pertolongan kepada mereka dan ianya akan menjadi contoh kepada anak-anak anda nanti.  Anda juga boleh aktif melakukan aktiviti-aktiviti amal ditempat kediaman anda.

6. Memulakan perniagaan dari rumah-  Saya boleh dengar alasan anda. ‘Mana boleh berniaga jika anak-anak masih kecil’.  Bagi anda yang memerlukan wang tambahan, menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah pilihan terbaik. Anda tidak perlu mempunyai pembantu rumah. Semuanya boleh dilakukan sendiri asalkan anda bijak mengurus masa dan mempunyai kesungguhan yang tinggi.  Jenis perniagaan apa yang anda pilih bergantung kepada minat dan keupayaan anda. Anda boleh juga menjual barang-barang yang dapat dibeli secara borong dan menjualnya kembali dari rumah anda.  Berjumpa dengan pembeli dan pengalaman menguruskan perniagaan akan menceriakan hari anda. Tambahan pula jika ianya membawa keuntungan.

Kadangkala memberi  sedikit masa dan peluang kepada diri kita untuk keluar sekejap dari rutin seharian dan melakukan apa yang kita suka akan menceriakan hari kita dan keluarga khasnya.  Kita akan lebih bersemangat, segar  dan lebih bersedia untuk kembali menjalankan tugas-tugas harian .  Sebagai seorang ibu, biasalah kita terlalu sibuk dengan urusan keluarga sehinggakan kita merasa bersalah untuk mempunyai masa sendiri. Cubalah sekali sekala melakukan apa- yang sesuai untuk anda. Ini bukan bermakna anda mengabaikan keperluan keluarga….

Semoga anda sentiasa manghargai anda sebagai seorang ibu dan….’Selamat Hari Ibu’ (belum terlambat saya mengucapkannya kan!)

1 Response to "Menjadi Seorang Ibu"

kak yan, thanks for tips! really enjoy reading this😀 and happy mother’s day to u too!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: