Azian Hasan

Santai Sunday: Kepentingan Sistem Bekerja

Posted on: May 10, 2009

Sudah agak lama ruangan Santai Sunday menyepi diri.  Hajat di hati memang hendak konsisten menulis untuk ruangan ini tapi apakan daya, tak terkejar rasanya masa yang berlalu terlalu cepat.  Mungkin selepas ini saya akan cuba menulis untuk ruangan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sekurang-kurangnya dapatlah saya berkongsi  cerita -cerita perniagaan makanan. Ada yang melucukan, mengelirukan dan macam-macam lagi.

Sebagai contoh, tadi kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran kopitiam yang baru dibuka di kawasan rumah saya.  Baru tak barunya dah masuk kali keempat jugalah saya ke sana.  Banyak tarikan dan keistimewaan kedai tersebut dan selama saya mengunjungi kedai tersebut, saya amat berpuas hati dengan makanan yang disajikan…sedap dan cantik.

Namun satu perkara yang menghantui kepala saya, apakah konsep kedai ini! Namanya kedai kopitiam, tetapi dekorasinya ala-ala mamak dicampurkan dengan  restoran melayu, menunya terdiri dari kesemua makanan di kedai melayu, ala-carte, western, nasi campur dan pelbagai jenis makanan dari makanan sarapan, tengahari, petang, hinggalah ke larut malam. Presentation makanan pulak memang kelas dan boleh disama tarafkan dengan ‘fine dining’.  Menarikkan! Macam iklan Astro aje,’ macam-macam ada’.

Mungkin atas konsep  ‘all in one’  itulah ramai pelanggan berkunjung ke kedai tersebut .  Suatu yang ‘bagus tetapi saya dapat rasakan bahawa tuan punya kedai tersebut akan menghadapi masalah besar dari segi untuk mengekalkan mutu makanan,  perkhidmatan, cash-flow dan sebagainya.

Nak dipendekkan cerita, semasa saya melangkah masuk ke kedai tersebut tadi,  saya mula merasakan keadaan kelam kabut di dalam kedai tersebut. Rupa-rupanyapekerja-pekerjanya sedang dimarahi oleh cashier kedai tersebut. Tak keruan gayanya pekerja-pekerja tersebut. Buat itu salah, ini salah. Gelagat mereka diperhatikan oleh kebanyakan pelanggan dan saya rasa mungkin mereka hairan dengan apa yang berlaku.

Dalam pada itu ternampaklah oleh saya ada pulak pekerjanya mengupas udang di salah satu meja makan di pintu masuk ke kedai tersebut dan diletaknya baldi pulak  berdekatan dengannya. Tak sesuai sungguh mereka melakukan kerja-kerja sebegitu di hadapan pelanggan . Ini bukannya kedai warung, ini kedai ada kelas…berhawa dingin lagi.

Satu cerita lagi ialah kami terpaksa menunggu lama untuk makanan kami sampai, hinggakan orang lain yang datang kemudian dah pun kenyang dan nak beredar balik.  Apabila makanan kami sampai,  perut pun dah masuk angin.

Saya termenung seketika,  itulah padahnya jika kita tidak mempunyai satu sistem yang boleh memudahkan perjalanan perniagaan kita.  Seperti apa yang terjadi di kedai tersebut,  saya lihat muka pekerja-pekerjanya kepenatan yang amat sangat.  Mana tidaknya… sekejap berlari ke dapur, sekejap berlari mengambil order, sekejap menjerit ke sini ke sana. Dalam hati saya,  rasanya pekerja-pekerja ini takkan lama bekerja di sini, tambahan lagi kebanyakan pekerjanya adalah orang Melayu.

Santai Sunday berkata: Jika kita menjalankan perniagaan yang melibatkan pekerja, kita perlu mengakui yang mereka memainkan peranan penting di dalam jatuh bangunnya perniagaan. Mereka mesti suka kepada pekerjaaan mereka, puas hati dan boleh bekerja di dalam satu pasukan. Tetapi kita sebagai tuan punya perniagaan tidak jugak boleh sewenang-wenangnya mengikut segala kemahuan mereka . Kita perlu mempunyai satu sistem yang mampu mengatasi masalah-masaalah pekerja dan sistem itulah yang akan dipakai jika kita mengembangkan perniagaan kita nanti.

Contoh yang paling simple…..restoran makanan ‘fast food’.  Sistem yang digunakan mampu mengatasi masalah pekerja dan sistem itulah yang membawa keuntungan kepada mereka. Mereka tidak memerlukan tukang masak untuk memasak makanan, budak lepasan SPM pun boleh melakukannya.  Segala cara bekerja, sikap dan cara penampilan hanya mengikut satu sistem dan peraturan yang sama di setiap cawangan. Tidak memeningkan kepala dan dapat mengurangkan masalah pekerja.

Jika kita dapat menghasilkan sistem sebegitu di dalam perniagaan kita, saya pasti perniagaan kita akan sentiasa berjalan dengan lancar.  Mutu makanan dan perkhidmatan sentiasa menjadi kepuasan pelanggan yang utama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: