Azian Hasan

Hello, Boleh Saya Bantu Anda?

Posted on: April 20, 2009

Sebagai seorang usahawan, komunikasi adalah amat penting. Tujuan pertama berkomunikasi adalah untuk memberi maklumat tepat dan betul kepada prospek tentang perniagaan yang dijalankan dan secara tidak langsung berperanan sebagai landasan untuk prospek mengenali siapa diri kita. Komunikasi manusia adalah satu proses halus yang yang digunakan untuk berinteraksi, mengawal satu sama lain dan memperolehi kefahaman.

Bagi usahawan yang sudah didedahkan dengan cara yang betul untuk berkomunikasi di tempat kerja mungkin tidak menghadapi masaalah berlainan pula bagi mereka yang sebelum ini tiada pendedahan langsung seperti mereka.

Didalam entri kali ini, saya ingin menekankan tentang etika dan tip-tip berkomunikasi dengan betul di telefon. Semoga ia dapat membantu anda yang merasakan perlu membuat perubahan dari segi mutu komunikasi dengan pelanggan dan prospek.

Telefon memang merupakan alat yang utama untuk berkomunikasi khususnya bagi surirumah yang berbisnes dari rumah. Mungkin sebelum ini telefon digunakan sebagai alat untuk bertanya khabar dan berbual dengan sahabat, keluarga atau jiran tetapi apabila sudah bergelar usahawan, anda sudah mula menerima panggilan dari prospek yang ingin bertanya perihal bisnes ataupun ingin membuat tempahan.

Dari pengalaman saya, proses tersebut agak janggal pada mulanya kerana saya seperti tidak tahu hendak bercakap macamana….nak cakap formal ke…nak cakap macam operator ke…silap haribulan mereka yang menelefon tidak berminat lagi untuk mengetahui tentang bisnes anda.

phone3phone4phone2

phone1Jadi di bawah ini ada beberapa tips yang patut kita praktiskan. Walaupun nampak acam taklah berapa penting tetapi kesannya besar.

  • Senyum–Letakkan cermin berhadapan dengan anda apabila anda bercakap melalui telefon. Kalau boleh tulis  ‘Jangan lupa senyum bila bercakap’ di atas kertas yang kecil dan lekatkan di bahagian bawah cermin. Tahukah anda jika anda senyum semasa bercakap, orang yang bercakap dengan anda tahu yang anda yang anda sedang tersenyum melalui nada suara anda.Buat latihan sebanyak yang mungkin – bercakap sambil tersenyum di depan cermin.
  • Duduk dengan postur yang betul- cara anda duduk akan mempengaruhi nada suara anda. Cubalah anda bercakap sambil berbaring….suara anda akan kedengaran santai dan tidak serius. Seakan suara sepasang kekasih yang bercakap di telefon mendayu-dayu, bukan? Bila kita bercakap dengan prospek atau pelanggan, bayangkan anda duduk berdepan dengan mereka seperti sedang membuat temuduga. Suara anda yang keluar kedengaran lebih serius dan meyakinkan.
  • Elakkan lawak bodoh – Kadangkala kita lupa ataupun memang tidak tahu membezakan apabila bercakap dengan prospek ataupun kawan atau keluarga kita. Sebagai surirumah mungkin kita sudah terbiasa berbual kosong dengan kawan dan jiran dan tanpa kita sedari, kita terbawa-bawa perbualan sedemikian di dalam telefon dengan propek dan pelanggan kita. Kita sebagai usahawan perlu menunjukkan personaliti yang baik kepada prospek. Di dalam hal ini kemungkinan prospek akan membuat telahan sendiri jika anda berbual dengannya dalam nada yang tinggi, membuat lawak bodoh dan ketawa terbahak-bahak. Ini akan memusnahkan kredibiliti anda.Jangan rosakkan hubungan perniagaan dengan prospek kita hanya disebabkan kesalahan tersebut. Oleh itu adalah lebih baik jika member nombor telefon yang berlainan kepada prospek anda . Gunakan satu nombor khas telefon bimbit anda hanya untuk tujuan perniagaan.
  • Fokuskan mata kepada suatu tempat sahaja semasa anda bercakap di telefon.- Mungkin kedengaran seperti sesuatu yang tidak masuk akal tetapi cubalah dan anda akan rasakan kelainannya. Apabila bercakap melalui telefon cuba fokuskan mata anda disuatu objek sahaja seperti frame gambar atau apa sahaja objek yang mempunyai kurang gangguan. Suara anda akan kedengaran lebih professional.
  • Bercakap dalam nahu yang betul- Bukanlah bermaksud anda perlu menggunakan bahasa baku, cuma bercakaplah dengan prospek dalam bahasa yang ia rasa selesa. Jika prospek anda bercakap sama bahasa daerah dengan anda lakukanlah. Mungkin ini akan membantu mempercepatkan perhubungan anda dengan mereka. Cuba elakkan menggunakan perkatan ‘uh’ , ‘um’ atau ‘errr’ apabila anda tidak tahu untuk meneruskan perbualan. Berhenti seketika mulakan perbualan kembali apabila anda sudah bersedia. Bercakap dengan terlalu cepat juga akan menjadikan prospek anda kurang selesa dengan anda. Mereka mungkin berprasangka bahawa anda sedang takut atau menipu.

Dengan mengikuti tip-tip yang simple seperti di atas, anda akan kedengaran lebih professional. Prospek akan lebih berkeyakinana terhadap and adan ia akan membantu kecemerlangan bisnes anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: