Azian Hasan

Cerita saya……

Posted on: February 26, 2009

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya mampu membuat kek sendiri? Adakah kerana saya berminat, mempunyai bakat ataupun secara kebetulan.  Saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal masak-memasak tetapi sedari kecil saya memang suka mengintai-intai orang lain memasak di dapur dan saya suka menghabiskan banyak masa saya di dapur. Keinginan saya yang mendalam di dalam bidang ini menjadikan saya seorang yang begitu berminat untuk membeli perkakas dapur dan alatan memasak dan membuat kek. Setiap kali saya pergi ke Supermarket, tempat yang paling saya suka pergi adalah di bahagian menjual peralatan memasak. Tak boleh lari dah, rasa macam nak beli semua bawak balik. Saya sanggup tidak membeli baju atau kasut baru asalkan saya boleh membeli mangkuk, acuan kek atau lain-lain alatan kek yang saya minati.
Saya tidak pernah mendapat pendidikan secara professional di dalam bidang memasak apatah lagi di dalam bidang membuat kek. Saya mengambil jurusan Actuarial Science. Bermakna bidang saya adalah Matematik, Komputer dan Insuran Hayat. Biasalah dedulu kalau nak melanjutkan pelajaran mana boleh belajar memasak, muncunglah mulut sanak saudara…,’Memasak boleh dapat kerja ke?’ Kata mereka. Sewaktu saya belajar dulu, ramai kenalan saya di asrama adalah pelajar-pelajar dari Jurusan Hotel & Catering. Pada masa itu di UiTMm belum lagi ada hotel seperti sekarang, jadi bila mereka memasak, selebihnya dibawa balik. Jadi sayapun berpeluanglah merasa beraneka masakan. Rasanya ketika itu nak tukar jurusan aje…kita ni berhempas pulas menghafal formula, dia orang seronok belajar memasak….tension!

Bila saya mula membuat kek? Saya masih ingat lagi semasa saya menuntut di UiTM dahulu, salah seorang classmate saya Roslina namanya, suka membawa kek coklat ke kelas untuk kami ramai-ramai makan (kami bukannya ramaipun, satu batch dalam 20 orang sahaja). Bila saya dapat tahu yang beliau membuatnya sendiri, ternganga jugaklah saya, almakhlumlah masa tu kalau rasa-rasa nak makan kek, jawapnya beli sahajalah kat kedai kek Cina. Bila cuti semester dan saya pulang ke kampong, apa lagi..saya pun mencubanya dan seronoknya bila kek tersebut menjadi . Bermula dari situ,  setiap kali saya balik kampong , keluarga akan menyuruh saya membuat kek dan saya dicop sebagai orang yang pandai membuat kek. Mereka tidak tahu yang saya hanya tahu buat kek coklat tersebut aje…Adalah juga manusia yang mencuri resipi saya dan eksen kat orang lain, kononnya dia ajelah yang pandai buat kek (siapa lagi kalau bukan kakak saya la…).
Dari situ sayapun selalu membuat kek coklat tersebut sehinggakan kek bertunang pun saya yang buat sendiri. Sehari sebelum hari perkahwinan, saya buat banyak kek coklat untuk dihidangkan kepada tetamu. Orang lain sibuk menghias bilik, diri dan rumah, saya sibuk di dapur membuat kek sehinggakan tetamu pun hairan. Itulah antara kenangan bagaimana saya memberanikan diri membuat kek sehinggakan orang lain merasakan saya ini pakar kek.
Lucunya dengan hanya berbekalkan resipi kek yang satu itu, saya mula menjual kek kepada kawan dan jiran saya. Begitulah kalau dah minat. Waktu itu kalau saya disuruh buat kek lain mesti panik. Lama kelamaan dengan rezeki yang saya ada, saya mula  menghadiri kelas membuat kek. Waktu itu anak-anak saya masih kecil dan pada waktu itu juga saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jadi kali ini, saya ikut kehendak saya sendiri dan suamipun menyokong. Saya nekad untuk memahirkan diri dalam membuat kek. Lagipun bidang yang ditawarkan tidak menarik minat saya. Lalu saya mula memasuki pelbagai kelas-kelas kek. Pada waktu itu agak sukar untuk mencari kelas-kelas kek yang menawarkan harga yang murah. Mungkin pada waktu itu tak banyak kelas-kelas sebegitu namun saya bersyukur kerana saya berpeluang belajar dengan Puan Joiriah( Kak Joy) di Taman Tun. Walaupun yurannya agak mahal tetapi saya amat berpuas hati kerana beliau mengajar bersungguh-sungguh dan tidak lokek ilmu. Yang menariknya, beliau mengajar teknik-teknik asas yang betul kepada saya dan memberikan saya keyakinan untuk terus maju ke hadapan. Beliau juga banyak mengajar saya berniaga dan salah satu dari nasihat beliau adalah ..berniaga mesti jujur…jangan tipu timbang berat dan jangan tipu pelanggan dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak berkualiti . Itulah yang saya pegang hingga sekarang. Jika saya beritahu pelanggan yang kek saya  gunakan butter, saya pasti gunakan butter dan pelanggan berpuas hati walaupun harganya agak mahal sedikit. Jadi berilah pilihan kepada pelanggan dan terangkan kepada mereka kenapa harganya sebegitu.
Dalam diam tak diam dah lama rupanya saya berkecimpung di dalam bidang ini dan dah banyak jugaklah kek yang boleh saya buat. Kadang-kadang kek yang saya buat itu hanya ikut resipi dari majalah dan televisyen sahaja tetapi boleh dibanggakan kerana saya sudah mengetahui teknik-teknik asas. Nasihat saya, jika hendak memulakan langkah di dalam bidang ini, belajarlah dulu secara ‘hands on’ daripada menghadiri kelas-kelas demo. . Tak mengapa jika yurannya mahal sedikit kerana selepas itu anda boleh mencuba apa-apa sahaja jenis kek yang lain.
Ya,memang saya berminat di dalam bidang ini dan ianyalah yang membawa saya untuk menceburi bidang perniagaan. Namun minat sahaja tidak mencukupi, jika anda serius untuk berniaga didalam bidang masak-memasak dari rumah anda , mulalah mencari ilmu-ilmu yang akan membantu anda nanti. Tak salah berniaga dari dapur..mungkin iklannya tidaklah berbunyi sebegini:

‘Berniaga dari dapur boleh mendapat pendapatan RM5,000 sebulan dalam masa beberapa hari’

atau

‘Berniaga dari dapur boleh menjadi jutawan dengan goyang kaki sahaja’


Asalkan anda berniaga, berusaha dan berdoa..InsyaAllah, Allah akan memberi apa yang setimpal. Kadang-kadang tidak diberiNya di dalam bentuk wang ringgit tetapi dari segi keberkatan di dalam hidup seperti kesihatan yang baik, anak-anak yang berjaya, keluarga bahagia dan sebagainya. Begitu indahnya seni perniagaan ini sehinggakan jika kita ikhlas, pasti akan berjaya, cepat atau lambatnya terletak di tangan anda. Mereka yang tamak akan cepat berjaya tetapi senang akan jatuh.

Oleh itu, saya amat berbesar hati memperkenalkan e-book yang telah saya hasilkan (berdasarkan pengalaman yang dikutip bertahun-tahun ini) untuk membantu mereka yang berminat memulakan perniagaan dari dapur.

ebook002

Harapan saya dengan mengikuti segala panduan yang saya paparkan , perjalanan bisnes anda akan lebih sistematik. Sudi-sudilah melawat website saya http://duniadapur.com

Entry yang akan datang saya akan memperkenalkan salah satu dari bonus yang akan diberi bersama –sama pembelian e-book buat duit dari dapur.


Nantikan!

2 Responses to "Cerita saya……"

Good information & keep ur good works!

Terima Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: