Azian Hasan

Bayangkan…bayangkan..bayangkan

Posted on: February 24, 2009

Semalam, tanggal 23 Februari 2009, adalah hari yang “istimewa” bagi kami sekeluarga kerana pada hari tersebut telah disiarkan Academy Award 2009 secara langsung. Yang menjadikan ia “istimewa” adalah kerana ketiga-tiga anak saya ponteng sekolah kerana hendak menonton rancangan tersebut secara langsung. Saya dan suami sebagai ibubapa contoh yang amat prihatin kepada kehendak anak-anak membenarkan malah menyokong niat baik mereka itu.

Dek kerana seisi rumah (suami pun pergi kerja lambat… dialah yang sangat meminati lantas mempengaruhi anak-anak jadi suka menonton rancangan seperti ini) duduk mengadap TV menonton Oscar 2009, saya pun turut duduk-duduk sama. Saya tak lah minat sangat. Tapi memang ia satu rancangan televisyen yang gah persembahannya. Menakjubkan melihat cara-cara penyampaian persembahan sedemikian.

Dalam pada itu saya begitu terkesan dengan kata-kata pemenang Pelakon Wanita Terbaik Kate Winslet semalam sewaktu memberikan ucapan kemenangannya.

oscar

Saya petik:

While accepting her award, Winslet joked that she wrote her first Oscar acceptance speech when she was 8, staring into a bathroom mirror. Holding the statuette, she added, “This would have been the shampoo bottle. Well, it’s not a shampoo bottle now!

Bila difikir-fikirkan kembali ada benar juga apa yang dikatakan oleh Kate Winslet. Pasti anda telah banyak membaca buku-buku tentang langkah-langkah mengukir kejayaan dan salah satu daripada langkah penting mencapai kejayaan ialah menetapkan matlamat dan menvisualkan kejayaan yang dinginkan. Nah! Apa yang dicita-citakan oleh Kate Winslet telah terbukti menjadi realiti. Dari umur 8 tahun beliau telah menvisualkan kejayaannya di pentas Oscar.

Sebenarnya ramai orang-rang terkenal dan berjaya hari ini telah menetapkan matlamat dan menvisualkan kejayaan mereka sedari kecil lagi. Contohnya seperti Tiger Woods jaguh golf ternama yang menetapkan bahawa beliau akan menjadi pemain nombor satu dunia sejak umur 12 tahun lagi. Begitu juga bekas Presiden Bill Clinton yang walaupun berasal dari keluarga susah di Arizona tetapi telah cmenanam dan menetapkan cita-cita sejak kecil untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat. Walaupun diejek ramai, beliau tetap dengan matlamat beliau dan sering menvisualkan dirinya sebagai seorang presiden. Jadi pada kesempatan kali ini apa kata kita sama-sama menetapkan impian dan cita-cita kita untuk berjaya dan terus-terusan menvisualkan kejayaan kita. Ayuh. Mulakan sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: