Azian Hasan

Kenali Persaingan

Posted on: February 11, 2009


Salam semua,

Di dalam dunia bisnes, usahawan tidak akan dapat lari dari isu persaingan. Begitu juga dengan bisnes makanan yang dilakukan secara kecil-kecilan dari dapur, anda tidak terkecuali dari menghadapinya. Mungkin kebanyakan orang merasakan perkataan persaingan itu sendiri akan melemahkan semangat untuk mula berniaga kerana persaingan ini juga boleh menyebabkan sesuatu bisnes itu gulung tikar.

Sesungguhnya perasaan tidak yakin samada boleh bersaing dengan pesaing lain sedikit sebanyak menjadikan ramai di antara kita takut untuk memulakan bisnes. Janganlah begitu kerana yang pentingnya adalah bagaimana sikap dan strategi anda menangani perkara tersebut.

Di dalam bisnes, kita kena ingat bahawa bukan kita seorang sahaja yang berniaga sesuatu produk. Ruang lingkup pasaran amat luas. Jika tidak ada pesaing sekarang, lambat laun akan timbul pesaing jugak. Oleh itu amat penting untuk anda mempunyai strategi awal untuk menghadapi pesaing.

Di dalam ruang lingkup bisnes makanan secara kecil-kecilan dari dapur, persaingan selalunya tertumpu kepada kualiti produk seperti rasa, rupa yang menarik, tahap kebersihan, pembungkusan yang menarik , perkhidmatan yang baik serta harga yang berpatutan.

Berapa ramai pesaing itu tidak menjadi masalah asalkan kita sentiasa berwaspada akan tektik-tektik pesaing yang dapat menyaingi apa yang kita tawarkan. Kita juga mesti mempunyai perancangan bisnes yang jelas dalam sesuatu jangkamasa yang panjang. Contohnya di dalam masa setahun apakah kaedah dan strategi bisnes kita untuk mengatasi masalah pesaing ini.,seperti mengadakan promosi, menaikkan kualiti produk dan perkhidmatan serta sebagainya.

Apa jenis perniagaan sekalipun, kita mesti mengenali siapakah pesaing kita. Anda mestilah sentiasa berwaspada tentang kekuatan pesaing anda dan kemunculan pesaing-pesaing yang baru. Selain dari itu anda juga perlu selalu mengintip akan perjalanan bisnes pesaing anda. . Sebenarnya mengintip pesaing anda tidak kurang juga pentingnya yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan bisnes. Mungkin perkataan itu kedengaran agak kasar tetapi secara realiti ia selalu digunakan oleh peniaga dan usahawan yang mempunyai daya saing yang tinggi.

Anda perlu tahu dengan jelas kekuatan, kemahiran, kepimpinan, teknologi dan keistimewaan produk pesaing anda. Dengan itu barulah anda boleh memikirkan strategi yang perlu dilakukan untuk menyaingi pesaing anda.. Anda tidak boleh mengambil risiko dengan memulakan bisnes secara membuta tuli tanpa mengetahui kekuatan pesaing dan bagaimana untuk menyaingi mereka.Semestinya hanya pihak yang mengetahui kekuatan dan kelemahan pihak lawan sahaja yang akan menang.

Persaingan di dalam bisnes juga dapat memberi kebaikan kepada usahawan. Persaingan adalah salah satu cara untuk menambah momentum bisnes anda. Rahsianya adalah mencari pesaing anda yang paling hebat dan mula merancang strategi serta pelan tindakan untuk menyaingi mereka. Bersainglah secara sihat dan bermoral dan jadikan pesaing tersebut sebagai pembakar semangat anda . Anda akan berusaha bermati-matian, mempunyai dorongan yang tinggi untuk memberikan lebih tumpuan masa dan tenaga terhadap bisnes anda.

competitor2


Lawanlah pesaing secara bijak dan anda akan menjadi ‘the best from the best’.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: