Azian Hasan

Bisnes baik punya..tapi untungnya mana?

Posted on: January 13, 2009

Salam semua,

Hari ini saya agak gembira kerana usaha saya untuk menghasilkan mini e-book koleksi kek cepat-mudah tercapai sudah. Akhirnya e-book mini ini siap dan sifu saya Sabri memberi reaksi yang amat positif.  Terima Kasih Sabri.  Untuk pengetahuan semua tidak lama lagi saya akan memberi percuma mini e-book koleksi resipi kek cepat-mudah bersama pembelian e-book dapur-lubuk duit.  Kemungkinan besar juga saya akan memberi percuma mini e-book itu kepada sesiapa yang berminat sempena pelancaran rasmi e-book Dapur – Lubuk Duit Anda. Tak tahu bila lagi , mungkin minggu depan, bulan depan atau semasa tarikh hari lahir saya.

Di dalam mini-e-book tersebut terdapat 15 resipi kek yang boleh dibuat semudah 1,2,3. Membuat kek menggunakan resipi  ini sangat mudah kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah memasukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, putar, bakar dan anda boleh bangga dengan kek anda. Dalam erti kata lain boleh berlagak le..hi,hi.

Jadi, nantikan kemunculan mini e-book tersebut.  Rajin-rajinlah mampir ke blog saya ini.

Berbalik kepada tajuk entry saya hari ini…..bisnes baik punya , tapi untungnya mana?

Pada mata kasar kita, jika jualan (sales) banyak, untung pasti banyak . Begitu juga kepada usahawan, bila duit banyak masuk dari jualan, hati pun  senang, boleh goyang kaki dan bolehlah melaram membeli kerata baru dan sebagainya.  Ramai usahawan akan mula membeli barang itu dan ini kerana pada sangkaan mereka bila duit banyak masuk, untung pun banyak. Tanpa di sedari usahawan membawa diri mereka untuk menambah hutang dan jauh sekali untuk hidup bebas dari hutang. Ini kerana hasil jualan bukannya bersih-bersih untung… banyak tanggungan yang perlu dilangsaikan dari situ… sewa, gaji dan sebagainya. Itulah sebabnya kadangkala kedai atau restoran yang nampaknya maju, tuan punya kedai pun makin smart tetapi bila lihat dari aliran tunai perniagaannya, alamak! dah negatif  jadinya. Itu nasib baiklah kalau ada dibuat aliran tunai perniagaan mereka. Kalau main congak aje , lagilah parah.

Terfikir pulak…habis tu tak payah lah nak bersusah payah nak tambah sales sebab tak semestinya setiap jualan boleh bawak untung.  Bukan begitu, Jika tiada sales tiadalah juga untungnya kan . Tetapi sales tidak dapat menjanjikan berapa tinggi atau rendahnya keuntungan dari setiap jualan yang dibuat. Setiap usaha yang dibuat samada dari segi menaikkan kualiti produk, promosi dan pelbagai strategi perniagaan yang lain adalah salah satu cara untuk menaikkan jualan. Apabila jualan banyak, maka banyaklah duit yang masuk. Duit yang masuk hasil dari jualan tersebut tidak semestinya keuntungan yang kita dapat. Setelah ditolak harga kos dan sebagainya. Yang tinggal itulah untung yang kita perolehi . Banyak atau sedikit bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti kita.Yang hendak diperkatakan adalah bagaimana anda hendak menjadikan peratus keuntungan dari setiap jualan itu tinggi .

Menurut multimillionaire Brad Sugars,  salah satu cara untuk mendapat keuntungan adalah dengan menaikkan  kadar margin keuntungan.  Setiap produk yang dijual mempunyai margin keuntungan yang berbeza. Jadi syarat pertama pilihlah produk yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi.  Namun begitu jika anda sudah pun memilih jenis bisnes,  anda masih boleh meningkatkan margin keuntungan anda dengan cara menambahkan nilai tambah( added value) samada dari segi kualiti produk, perkhidmatan yang di tawarkan ataupun sebagainya.

Contoh: Jika anda membeli bahan mentah ( Harga Kos) dengan harag RM2 dan menjualnya dengan harga Rm10.

Untung = RM8

Margin = ( 10-2)/10

=0.8=80%

Jika kita boleh menjual produk kita dengan harga RM 12, % margin keuntungan akan bertambah dan anda akan mendapat lebih keuntungan.  Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menjadikan produk anda boleh diterima oleh pengguna walaupun dengan harga yang tinggi.  Salah satu dari caranya adalah melalui penjenamaan.

Oleh itu bagi anda yang memulakan bisnes dari rumah, mungkin tak parah sangat jika margin keuntungan kecil tetapi siapa yang tak nak untungkan!  Mulalah dari sekarang untuk menjadikan produk atau perkhidmatan anda ke arah penjenamaan. Seringkali kalau anda punya jenama yang bagus, orang takkan berdolak dalik untuk membeli dengan harga yang mahal. Bagaimana caranya…fikirlah sendiri.

1.

3.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: