Azian Hasan

Senyum

Posted on: January 9, 2009

Sekarang ni saya tengah tersenyum mendengar celoteh Sasha dan Aznil di riuh pagi di Era. Dashyat betul dia orang ni. Kadang-kadang tu boleh membuatkan saya ketawa terbahak-bahak semasa sedang memandu kereta. Macam orang gila aje rupanya saya, tapi apa-apa pun tahniah kepada Aznil dan Din Beramboi…….memang best. Keep it up!

Minggu ni saya agak lembab betul nak menulis. Bukannya tak tahu nak tulis apa tapi kadang-kadang dah tulis sikit rasa macam tak menjadi aje. Mungkin jugak minggu ini adalah minggu pertama persekolahan. Saya agak haru-biru dan ya amat penat dengan urusan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang sudah menulis separuh jalan terpaksa berhenti kerana nak menjadi supir pulak. Insya Allah minggu-minggu yang mendatang ni keadaan akan bertambah baik.

Berbalik kepada topik entry saya hari ni adalah berkenaan senyum. Selalu ke anda tersenyum? Maksud saya senyum dengan orang-orang yang kita kasihi dan senyum kepada diri sendiri. Kita akan senyum bila berposing di hadapan kamera…senyum, senyum…klik!!!  Itu tak ada hal tetapi kita selalu lupa untuk senyum kepada suami, ibu, anak-anak kita dan juga senyum kepada diri sendiri. Saya ni susah jugak untuk senyum dan kadang-kadang tu rasanya macam dah senyum tapi orang nampak macam saya bermasam muka. Saya selalu juga ditegur oleh suami sebegini…..

Suami: Senyum la sikit, macam nak marah aje.

Saya: Eh, tak marah la, mana ada marah-marah..

Suami: Habis tu kenapa tak nak senyum?

Saya: Iye ke! Rasa macam dah senyum tadi…

( sebenarnya saya tak senyum pun…..cover line aje)

Bukannya susah sangat nak senyum tapi kita selalu terlupa untuk senyum dengan orang-orang yang kita sayangi setiap hari. Apabila kita senyum, ianya akan melahirkan satu perasaan yang tenang kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang melihat kita. Keajaiban senyuman akan mengindahkan lagi kehidupan dan memberi ketenangan kepada diri kita. Mengikut satu kajian saintifik, semasa kita senyum, hanya sedikit otot-otot di muka digunakan berbanding dengan penggunaan otot-otot yang lebih banyak ketika kita bermasam muka. Jadi senyum-senyumlah selalu untuk awet muda.smile121

Senyum juga menandakan kesyukuran di atas segala nikmat yang di berikan kepada kita. Jika kita rasa tertekan, rasa sedih cubalah menghadap cemin dan senyum kepada diri sendiri dan pada masa yang sama kita bersyukur di atas apa yang kita ada…pasti hari kita akan ceria kambali. Mulakan hari kita dengan senyuman. Bangun pagi cubalah senyum dan berdoa semoga hari ini lebih baik dari yang semalam. Hidup lebih keberkatan dan amalan bertambah baik. Saya nak cuba….anda bagaimana?

Senyum yang dituntut oleh Rasulullah S.A.W iaitu senyuman yang ikhlas dari hati. Inilah senyuman yang dianjurkan, diberi ganjaran seperti bersedekah tidak kira kepada siapa kita senyum, asalkan senyuman itu ikhlas dan bebas dari segala fitnah. Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan senyuman ini kerana ia lahir dari hati. Maka masing-masing lah yang akan menilai..

Senyum juga penting dalam berbisnes. Menurut Dr. Irfan Khairi, kita perlu senyum kepada semua orang tak kiralah samada mereka itu prospek atau tidak. Kata beliau ‘ Be friendly. Be nice. Kerana, dalam perniagaan, anda perlu menjual DIRI ANDA terlebih dahulu kemudian, baru jual produk/perkhidmatan anda.dalam perniagaan.

Bagi anda yang berniaga dari rumah..bagaimana nak senyum kepada prospek anda? Cubalah senyum jika anda bercakap dengan pelanggan anda melaui telefon kerana banyak orang katajika kita senyum semasa bercakap melalui telefon, nada suara kita akan menggambarkan yang kita sedang tersenyum, jadi pelanggan kita akan lebih selesa berurusan dengan kita.

senyum-kambing

Kambing ini nampak tersangat cute bila tersenyum.  Tapi janganlah senyum-senyum kambing aje.

( Nota tambahan: Senyum kambing- senyum yang di buat-buat bertujuan untuk menyindir orang)

Selamat Senyum’

1 Response to "Senyum"

Betul tu! Tapi kambing yang senyum dalam gamabr tu pun dah macam senyum ikhlas sangat… tak ler senyum nyindir2 lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: