Azian Hasan

Santai Sunday: The more tak semestinya the merrier!!!

Posted on: December 26, 2008

Pernah tak anda rasa rimas dengan iklan ‘ Pizza Hut’ yang seringkali memperkenalkan pizza yang baru? Pizza Mediterranean la, ala Hawaii la dan macam-macam lagi.  Agak-agak saya dalam sebulan, paling kurang sekali mesti mereka memperkenalkan satu  jenis pizza yang baru kan? Sampaikan ke tahap saya tidak tahu nak order apa bila makan di Pizza Hut kerana terlalu banyak perubahan dan penambahan dalam menu.  Kadang-kadang nak order makanan yang disukai , tengok-tengok dah tak ada pulak. Nak cuba yang baru takut pulak tak sedap.  Tapi walau apapun, tentu ada sebabnya pihak pengurusan Pizza Hut berbuat demikian.  Cuma saya sahaja yang tak berapa nak faham lagi.

Berbalik kepada Santai Sunday saya…pada hari Ahad yag lepas, saya dan suami bersarapan di salah sebuah restoran Melayu yang terletak berdekatan dengan rumah saya.  Ramainya pelanggan, makhlumlah hujung minggu ramai orang bersarapan di luar.  Bermacam-macam juadah di jual. Memang saya puji kreativiti tuan punya kedai tersebut.  Dari makanan yang siap dimasak sehinggalah makanan yang perlu di masak on the spot seperti lempeng.  Pelbagai juadah dan rasa macam makan buffet di hotel aje. Tidak lama selepas itu keluar pula lauk pauk makan tengahari.  Banyaknya…segala lauk ada dan bermacam-macam ……Patutla ramai orang makan di sini.

food2

Pada mata kasarnya, suasana sebegini  memanglah disukai pelanggan. Mungkin tuan punya kedai pun suka sebab ramai pelanggan berkunjung bermakna banyaklah jualan.  Tetapi bagaimana pula dengan kos bahan-bahan makanan dan yang paling penting sekali upah pekerja?  Apapun, lagi banyak jenis makanan yang dijual, lagi bertambahlah kos pembelian bahan mentah dan kos pekerja yang tanpa kita sedari akan menggangu cash flow perniagaan.

paip1

Nak nampak jelas lagi ….

Kebanyakan restoran yang mempunyai konsep sebegini adalah restoran tunggal (tak ada cawangan) .  Pemiliknya selalunya full-time mengusahakan restorannya dan mesti mempunyai pekerja yang ramai.  Mana tidaknya semua benda nak dijual.  Kena ada tukang masak lauk-pauk nasi campur, tukang masak tom-yam, penebar  roti canai, tukang masak mee…itu belum kira pembantu tukang masak, pelayan, cashier dan lain-lain lagi.  Macamana jika pada satu hari tukang masak demam atau pembuat air berhenti bekerja.  Tak parah jadinya.  Begitu jugalah dalam hal pembelian makanan mentah….kalau satu hari tak ada orang jual mee .. pelanggan akan merungut..kita pun boleh pening kepala.

Dari segi peralatan pula.  setiap satu menu memerlukan peralatan yang berbeza.  Tuan punya kedai kena keluarkan duit membeli peralatan sesuai. Jangan tak tau, ada kisah di mana pekerja boikot tak nak masak hanya kerana tak cukup mangkuk.  Sebagai contoh: Jika  ada menu mee sop, mee bandung, laksa, nasi ayam, nasi beriani…kena ada gerai mee (stainless steel),  gerai nasi ayam (untuk gantung ayam), pisau potong ayam, pisau potong sayur, mangkuk mee, pinggan nasi mangkuk sop dan macam-macam lagi.  Itupun dah berapa kos pembeliannya dan belum lagi dikira kos gas, pinggan pecah ataupun hilang…

Jika kita pandai mengatur strategi penjualan samada dari segi harga dan sebagainya,  itu tidak menjadi masaalah .  Yang bahayanya adalah kita menjual pelbagai jenis makanan hanya untuk meraih perhatian pelanggan tanpa mengambil kira hal-hal yang berkaitan dengan kos.  Memang orang nampak kedai kita ramai pelanggan tetapi apabila dicongak balik….duit hasil jualan tidak dapat pun nak cover kos bahan mentah apatah lagi kos pekerja.

Begitulah realiti perniagaan restoran ini,  nanti kalau tak cukup menu….pelanggan merungut…dah banyak menu pulak, kos melambung tinggi.Jangan anda terjebak di dalam situasi sebegini kerana samada perniagaan anda susah untuk berkembang ataupun anda berada di dalam keadaan yang tak tau nak kemana.

Sebenarnya kita mestilah berfikir kembali akan tujuan kita berniaga.  Terpulangkan kepada  setiap individu samada anda berniaga untuk menambahkan pendapatan, menjadi jutawan, pendapatan pasif, minat, nak menjadi boss sendiri, menimba pengalaman…Jangan risau! anda boleh mendapatkannya tetapi dengan syarat apakah strategi perniagaan anda?  Jika strategi perniagan anda jelas dengan kemahuan anda maka binalah satu sistem perniagaan yang bersesuaian.  Jika anda hanya sekadar mencari pengalaman dan anda pun memang mahir memasak, anda boleh menjual segala menu yang boleh anda masak tanpa mengira sangat untung-ruginya. Itu pun lama mana anda sanggup bertahan.

Tambah-tambah lagi dengan mereka yang berniaga untuk mendapatkan pendapatan utama.  Silap sedikit,  pendapatan akan terjejas dan bagaimana nak bayar ansuran kereta, sewa rumah dan bil-bil berkaitan.

Tidak salah anda handak menjual sebanyak menu makanan di restoran anda tetapi pastikan ianya tidak membebankan.  Anda boleh subkan makanan lain dari pembekal seperti kuih-muih, bubur manis , nasi lemak bungkus dan sebagainya.  Walaupun keuntungan darinya tidaklah banyak mana tetapi ia dapat mengurangkan kos dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelanggan.

Jika perniagaan yang dimulakan dengan satu sistem yang kemas, realistik dan teratur, pasti perjalanan perniagaan akan lebih lancar.  Lihat sahaja sistem yang digunakan oleh kebanyakan restoran makanan segera.  Contohnya McDonald, walaupun pengasasnya Ray Kroc sudah lama meninggal iaitu pada tahu 1984  tetapi perniagaannya masih berjalan seperti biasa malahan semakin berkembang dengan pesatnya.  Apakah sisiten itu?.. Diantaranya adalah menu yang tetap.  Ianya tidak memerlukan tukang masak di setiap premisnya.  Remaja lepasan SPM pun boleh bekerja di sana kerana telah ada sistem yang tidak boleh tidak mesti diikuti.

Begitu juga dengan menu makanan.  Tahukah anda…Filet-0-Fish diperkenalkan pada tahun 1964, Big-Mac 1968, Egg McMuffin 1973?   Dan itulah makanan pilihan utama burger McDonald sehingga kini.  Tak ada pulak orang komplen…apa la Mc Donald ni, asyik-asyik burger ni aje…tak tau buat burge lainke!

bigmac

Ya, kadang-kadang bukan kuantiti yang menjadi keutamaan tetapi kualiti yang lebih utama.  sebab itulah mereka yang menjual satu-satu makanan seperti  Restoran Nasi Ayam…Restoran Laksa..Restoran Mee, lebih mudah menlebarkan sayap perniagaan mereka. Mungkin ‘the more the merrier’ tapi janganlah pula anda bersedih pula di kemudian hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

December 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: