Azian Hasan

Nasi oh Nasi!!

Posted on: December 18, 2008

Hi semua,

Dua tiga hari ni, saya dijangkiti sindrom ‘malas memasak’.  Kadang-kadang atau macam selalu jugak sindrom ni datang melanda.  Bukannya boikot atau apa, cuma cuti-cuti sekolah ni rasa macam bolehlah skip sini sana bab-bab memasak ni.  Tambahan pula dua orang anak dara saya bercuti ke Lumut waktu ini. Bab memasak ni kalau hari-hari sekolah tak boleh nak tolak …. kena siapkan jugak makan anak-anak yang nak ke sekolah .  Kebetulan pulak ada yang sekolah pagi dan petang.

Disebabkan  sindrom ‘malas memasak’, hari ini saya berkunjung ke sebuah gerai (di tepi jalan ) yang menjual pelbagai juadah untuk sarapan dan makan tengahari. Dari kuih-muih, mee, mee-hoon dan kueteow goreng, lontong, kek, nasi lemak, lauk pauk dan yang paling istimewanya ialah nasi ambeng. Pernah tak anda makan nasi ambeng? Mungkin ianya tidak asing lagi bagi mereka yang berketurunan Jawa dan yang datangnya dari Johor kan.  Walaupun saya bukan berketurunan Jawa tapi kampung asal saya boleh dikatakan 80% daripadanya adalah orang Jawa.  Jiran Jawa, kawan-kawan sekampung Jawa, roomate kat kolej pun Jawa sampailah best friend dulu pun Jawa.  Senang cerita saya memang ngam la bergaul dengan orang Jawa. Jadi saya tahu jugalah apa dia nasi ambeng ni.

Nasi ambeng sebenarnya sering dijamukan semasa kenduri doa selamat ( kenduri nasi ambeng ) dan dihidangkan di dalam talam yang dilapik dengan daun pisang.  Nasi putihnya diisi banyak dan diletakkan bersekali dengan pelbagai lauk seperti tempe goreng,  serunding jawa,  ayam masak merah atau kicap, ikan masin atau lauk-lauk lain yang sesuai.  Kebiasaannya dimakan untuk 4 orang dalam satu talam dan kemudian boleh dibungkus dan dibawa pulang.  Begitulah cerita mengenai nasi ambeng.  Tetapi sekarang ni kita boleh beli aje nasi ambeng di gerai dan di kedai serbanika, bukankah itu menarik?  Tak payah nak tunggu jemputan kenduri baru boleh merasa dan pekena nasi ambeng ni.

Apa yang saya hendak highlightkan di sini adalah kita boleh menjalankan bisnes dengan memperkenalkan juadah-juadah tradisi kaum dan keluarga kita.  Kalau asyik-asyik jual nasi lemak sahaja, lama-kelamaan pelanggan akan boring jugak. Saya percaya tentu banyak lagi jenis nasi dan kuih-muih tradisional yang belum di ketengahkan.  Seperti nasi beringin,  nasi lemundi,  nasi kunyit dan macam-macam lagi.  Yang pentingnya adalah bagaimana cara anda mempromosikan produk (nasi) tersebut.  Lihat sahaja seperti contoh nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang yang sekarang ini sudah menjadi juadah utama di restoran dan warung malah sudah semakin esklusif di mata orang ramai.

Mungkin pada peringkat permulaan orang akan takut mencuba…dan anda takut rugikan? Satu tips dari saya adalah anda hendaklah menjadikannya sebagai jualan sampingan dahulu.  Sebagai contoh: anda jual juga juadah-juadah yang lain dan yang paling penting mesti ada nasi lemak dan dalam pada itu anda boleh mula menjual  nasi-nasi tersebut.  Bila sudah mendapat sambutan dari pelanggan,  anda boleh mula membuat promosi pula.  Proses ini boleh di katakan seperti ‘test market’ la.   Anda juga boleh cuba tumpang letakkan nasi-nasi ini dahulu di warung-warung atau restoran yang ada menjual juadah -juadah yang lain. Tak pun hantar ke stesyen-stesyen minyak berdekatan.

Saya yakin dengan cara promosi yang betul, sedap, bersih, pembungkusan yang cantik dan kemas dan ada R&D, pasti anda akan berjaya.  Oklah cukup sampai disini dahulu. Nak pergi pekena nasi ambeng, nanti sejuk dah tak berapa sedap pulak.

1 Response to "Nasi oh Nasi!!"

Azian,

I’ve never really tried nasi ambeng before this. But, masa kecik-kecik dulu, kalau ada jamuan di masjid, memang we all makan beramai-ramai dalam talam besar tu. Tak ingatlah pulak lauk-pauknya masa tu.

Yes, that’s a good advice. I pun, kalau ada new dishes yang dipromosi di samping the regular nasi lemak bagai, I would always try the new dish sebungkus. Kalau sedap, memang next time beli lagi🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

December 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: