Azian Hasan

Santai Sunday: Membaca Jambatan Ilmu

Posted on: December 15, 2008

Salam semua,

Hujung minggu yang lepas ni, saya banyak bersantai bersama keluarga di rumah sahaja.  Ini memandangkan tetamu masih ada di rumah dan suami pulak demam.  Minta-mintak janganlah berjangkit kepada saya pula.  Walaupun saya tak perlu ambik m.c bila sakit, tapi kerja-kerja rumah kena buat jugak.  Itulah kalau dah dikategorikan sebagai ‘housewife’ tak ada cuti  langsung!  Ini tak adil ni……..boikot,boikot.

Berbalik kepada Santai Sunday saya…… minggu ini  saya habiskan banyak masa dengan membaca buku.  Nak makan keluar pun tuan besar demam. Jadi Santai Sunday untuk minggu ini berkenaan buku lah nampaknya tapi masih tak lari dari cerita  bisnes.  Hujung minggu ni memang minggu buku Azizi Ali.  Siapa yang tak kenal dengan beliau…(emmm ada jugak kut, jangan terkejut).  Kalau saya tanya siapa yang tak kenal Siti Nurhaliza atau Mawi barulah semua orang kenal kan.

Apapun minggu ini saya membaca dua buah naskah hasil tulisan Azizi Ali. Buku pertama yang saya baca adalah novel pertama beliau berjudul Ekuinoks.  Pada mulanya saya macam tak percaya Azizi Ali boleh  terjun ke dalam bidang penulisan novel.  ‘Betul ke Azizi Ali tulis buku ni, ‘ bisik saya didalam hati sambil membedek-bedek novel tersebut.  Wow!  Seorang jutawan dalam bidang hartanah dan motivasi sudah menulis buku thriller rupanya – gempar satu Malaya!.

Dengan gaya penulisan yang senang difahami dan kupasan yang baik, saya memang ‘salute’ usaha sulong beliau.  Novel yang menceritakan penemuan kembali sahabat lama dan diadun dengan kisah dan tema cinta, dendam dan yang paling menariknya ianya diselit dengan pelbagai peristiwa dan fakta sejarah.  Agaknya Azizi Ali ni seorang yang begitu meminati sejarah kot?  Ekuinoks amat sesuai dibaca oleh setiap golongan terutama sekali golongan muda kerana ianya dapat membuka minda tentang  nilai hubungan antara kaum dan keadaan budaya sosial di Malaysia khususnya. Tahniah! Azizi Ali…walaupun ini adalah novel pertama beliau tapi ianya menepati citarasa saya dan keluarga.

ekuinoks2

Kemudian saya menyambung pula membaca buku beliau yang sudah agak lama diterbitkan berjudul  ‘The Millionaire In Me’ .  Memang dah lama mengintai-intai untuk membeli buku ini tetapi budget agak kurang.  Kebetulan sekarang ni tengah promosi separuh harga……  tak lepaskan peluang la…

mime-3

Saya belum lagi habis membaca keseluruhan buku ini tetapi Azizi Ali memang bijak dalam mengutarakan pendapat dan pandangan.  Walaupun topik buku ini berkisar tentang perkara yang simple tetapi banyak kesannya dalam perjalanan mencapai impian seseorang. Beliau juga banyak memberi penekananan terhadap senario orang berbisnes dan yang penting sekali adalah cara yang betul  untuk kita mengecapi kekayaan dan kebahagiaan.

Iyelah bila kita lihat akan perjalanan mereka yang sudah berjaya, pasti kita akan teruja untuk mengikut langkah mereka.  Nampak macam senang sahaja tetapi segala kesusahan dan keperitan mereka kita tak sedar.  Lihat sahaja Azizi Ali,  beliau juga pernah rugi semasa beliau membuka kedai muzik.  Rugi wang, masa dan tenaga tetapi bertitik tolak dari situlah beliau sedar bahawa menjalankan bisnes adalah suatu perkara yang berat dan memerlukan banyak persediaan dari segi mental dan fizikal. Perancangan, kajian dan pemerhatian adalah penting sebelum kita memulakan bisnes. Jangan mendengar cakap orang  tanpa usul periksa.   Minat sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya.

Bukan semua orang mampu untuk memulakan bisnes terus secara besar-besaran.  Apabila anda ingin menjadi seorang usahawan, makin banyaklah ilmu yang perlu anda pelajari….banyak dan terlalu banyak.  Jadi fikir-fikirkanlah dulu samada persediaan anda sudah mencukupi atau tidak?

Sebaik-baiknya mulakan dari kecil dan bagi anda yang minat memasak anda boleh mulakan bisnes dari dapur dahulu.  Kalau rugipun tak adalah ralat sangat.  Bagi anda yang ingin mendapatkan panduan tentang bisnes dari dapur anda  boleh mendapatkan e-book Dapur – Lubuk Duit Anda disini.

Santai Sunday berkata:

Mulakan langkah pertama anda untuk terjun ke dunia bisnes dengan bijak dan persediaan yang jitu. Percayalah, dengan itu  bisnes yang diceburi akan lebih mudah berjaya.

Dan satu lagi, jadikan membaca satu amalan untuk mengutip sumber ilmu dalam berbisnes. Jangan kedekut mengeluarkan wang untuk menimba ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

December 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: