Azian Hasan

Ada apa dengan ruang kerja?

Posted on: December 10, 2008

Perasan tak,  jika anda bekerja di dapur yang tidak teratur, anda akan lebih terdorong untuk menghasilkan produk yang kurang bermutu ataupun ia akan lebih memenatkan anda?  Setiap kali hendak memasak anda perlu membuang masa mencari bahan-bahan atau alat-alat kelengkapan memasak atau lebih malang lagi jika pada masa itu barulah anda perasan ada bahan masakan yang tidak mencukupi ataupun peralatan memasak anda tidak boleh berfungsi lagi.

Contohnya, apabila anda menerima tempahan kek. Pelanggan meminta anda menghantar kek yang ditempah pada pagi esoknya, dan anda pula bercadang untuk membakar kek pada malam ini. Malangnya tatkala anda baru hendak memulakan aktiviti membakar kek, tengok-tengok salah satu dari bahan penting anda sudah habis. Nak pergi beli ke kedai, kedai dah tutup, nak ganti dengan bahan lain, kek tak akan menjadi. Akhirnya anda terpaksa membatalkan tempahan tersebut. Dan yang paling membebankan ialah …

Anda terpaksa minta maaf  banyak-banyak dengan pelanggan anda  dan…pastinya pelanggan tersebut marah!!!!!

Reputasi anda juga terjejas…

Bila anda berbisnes dari rumah atau dapur, menyediakan ruangan khas untuk kerja-kerja bisnes anda tidak kurang pentingnya.Tidak kisahlah bagaimana rupa bentuk bisnes yang dijalankan, ruangan khas perlu ada untuk membezakan peralatan yang digunakan untuk berbisnes dan untuk kegunaan seharian.  Lebih-lebih lagi jika anda menjalankan bisnes bakeri dari dapur anda.  Segala perlatan memasak seperti tin pembakar kek, spatula, acuan, penimbang dan sebagainya perlu dijaga dengan teliti.  Jika acuan kek  anda digunakan unutk menyimpan cili boh, ditakuti nanti kek yang dibuat akan rasa cili boh pulak.  Begitu juga jika acuan-acuan kita kemek kerana digunakan untuk memasak.  Bila dah rosak anda perlu membeli yang lain….harga peralatan membuat kek bukannya murah. Ingat! kalau seringkali nak menjual kek anda terpaksa membeli yang baru, kurang la untungnya.

Anda tidak memerlukan penambahan kelengkapan dapur seperti sinki, peti sejuk, dapur dan sebagainya.  Cukuplah sekadar bekas-bekas plastik atau almari-almari plastik untuk mengisi bahan-bahan masakan dan perlatan –peralatan anda.  Bahagikan bahan-bahan masakan kepada bahan kering dan bahan basah. Labelkan setiap bahan.  Sediakan ruangan khas di dalam peti sejuk anda untuk mengisi bahan-bahan tersebut dan labelkan.  Penyimpanan stok secara teratur akan memudahkan kerja dan menjimatkan masa..

Pastikan ruang bekerja anda berdekatan dengan sinki, dapur dan bakul sampah.  Kalau ruang dapur agak sempit, saya sarankan anda membeli meja yang boleh dilipat untuk kegunaan setiap kali anda bekerja. Ianya menjimatkan dan multi-purpose. Selepas itu anda boleh menyimpannya kembali dan dapur and akan kelihatan luas dan kemas semula.

Menurut Diane Roggow, seorang yang arif dalam psikologi warna dari Westminster, Colorado, tona warna dinding dan perkakasan juga memainkan peranan dalam cara bekerja.  Pilihlah warna yang mempunyai tona warna yang lembut berbanding dengan warna yang garang untuk dapur( ruang bekerja). Jangan campuradukkan terlalu banyak warna  kerana ia akan menyukarkan anda untuk fokus terhadap kerja-kerja anda.  Warna yang lembut akan menghasilkan suasana yang permai tetapi elakkan dari memilih warna putih kerana ianya lebih mudah memantulkan cahaya  dan mata anda akan cepat lesu.

Janganlah memilih pelbagai warna seakan warna tadika pula, setiap kombinasi warna ada tujuannya.

Sebenarnya, di dalam susunatur dapur , kebersihan dan kekemasan memainkan peranan terhadap momentum bisnes anda. Jika dapur anda tersusun, pelanggan yang datang pun akan lebih berkeyakinan terhadap mutu kebersihan produk yang dibelinya.  Bukannya susah sangat dan bukannya perlu mengeluarkan banyak wang. Cuma anda hanya perlu menjadikan konsep ‘clean as you go’ sebagai cara bekerja anda. Dapur bersih akan menjimatkan masa anda untuk mengemas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

December 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: