Azian Hasan

Santai Sunday: Segarkan teknik pemasaran

Posted on: November 28, 2008

Sudah masuk minggu ke-dua rupanya ‘Santai Sunday ‘menyepikan diri. Cepat betul waktu berjalan hinggakan yang empunya blog pun tak perasan akan kehilangan ‘ Santai Sunday’ untuk minggu yang lepas. Hajat di hati nak konsisten menulis tentang Santai Sunday setiap minggu, tapi apa kan daya dalam kesibukan melayan tetamu di cuti sekolah, termiss jugak entry santai Sunday…harap-harap dapatlah lebih berdisiplin selepas ini.

Minggu ini saya hendak memperkenalkan kepada anda sebuah café yang menjadi favoutire kami sekeluarga untuk bersantai dan makan-makan di hujung minggu (bergantung kepada budget jugak). Suami saya membawa kami makan di sana selepas di perkenalkan oleh empunya café tersebut kepada suami saya (urusan kerja la tu). Kami terus jatuh hati kepadanya dan sekarang sudah menular ke keluarga ‘Ayah Anjang’ (bapa saudara suami) dan kawan-kawan anak saya pula. Wah! Ini kena diskaun nih.

Terletak di LG2-122a Lower Ground 2, Marrakesh, Sunway Pyramid( new wing ), Fig& Olive merupakan café yang menyajikan sajuan-sajian ala Mediterreanean. Dekorasinya menarik hati saya kerana ianya kemas dan ringkas tetapi masih mengenengahkan suasana santai Mediterranean. Cuma mungkin lokasi kedai yang agak tersorok membuatkan orang ramai terlepas pandang akan kewujudannya.

Di sini saya bukanlah hendak menyentuh tentang betapa sedap atau betapa bagus servise di Fig&Olive. Apa yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan teknik pemasaran yang dijalankan oleh pihak pengurusan Fig&Olive. Iyelah, zaman sekarang ni kalau hendak membandingkan rasa sedap atau tidak menu yang ada bukan lagi faktor utama. Umum mengetahui dan mengandaikan secara otomatik bahawa kalau nak bukak kedai makan mesti sedap dan servis baguskan?

Tapi di dalam dunis bisnes makanan yang terlalu banyak persaingan ini, kita mesti bergerak selari dengan kemajuan teknologi. Penggunaan Internet, misalnya, boleh dan mesti di optimisekan untuk tujuan marketing. Zaman sekarang ni orang nak pergi makan pun, lebih gemar surf Internet dulu. Jika maklumat yang terkandung di dalamnya dapat meyakinkan dan melelehkan air liur bakal pelanggan, pastinya mereka akan datang mencuba, betul tak?

Saya memang puji akan usaha-usaha marketing yang dijalankan oleh Fig& Olive melalui Internet. Laman webnya lengkap, up-to-date, penuh dengan info dan gambar serta lengkap dengan order form bagi mereka yang inginkan khidmat penghantaran ke rumah lagi. Ini barulah…cool!

fignolive

Bagi anda yang ingin mengetahui tentang Fig & Olive bolehlah melayari Internet di http://figolive.com/. Anda boleh menikmati pelbagai juadah yang menyihatkan dan sudah tentunya lazat

Santai Sunday ‘berkata:

Kadangkala bisnes makanan boleh gulung tikar kerana tidak mengambil berat dari segi pemasaran. Beranggapan bahawa asalkan sedap orang pasti datang dan bisnes pasti meletup tidak memadai. Anda perlu mencari kelainan. Apa yang dilakukan oleh Fig& Olive adalah suatu idea yang segar dan menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: