Azian Hasan

Dunia Bisnes – Tidak semudah disangka!!!

Posted on: November 27, 2008

Ramai orang yang tertinjau-tinjau akan peluang berbisnes dan sering tertanya-tanya…..bisnes apakah yang hendak diceburi? Bisnes macam ni berapa dapat sebulan ye?…modal berapa?…susah ke agaknya? Dan macam-macam lagi persoalan yang seringkali pula diikuti dengan jawapan (angan-angan sebenarnya) yang sebegini…….. “bisnes macam ni dalam sebulan boleh dapat income dalam lima angka, dalam dua tiga bulan lepas tu bolehlah jadi jutawan…tak payah ada modal dan lepas tu boleh pergi makan angin ke luar negara, beli banglo dan pelbagai lagi impian.”

Kalau inilah yang dijaminkan, saya pun NAK. Beginilah realitinya manusia yang rata-rata inginkan wang tanpa perlu bersusah-payah. Dan tidak menhairankanlah kalau ramai orang yang tertarik dengan bisnes yang menjanjikan imbuhan cepat dan lumayan sebegini. Kalau tidak, sudah tentu tak lakulah skim cepat kaya, kan?!..jual air liur aje.

Malangnya realiti dunia bisnes tidak sebegitu mudah. Perniagaan yang berjaya sebenarnya bermula dengan langkah-langkah awal yang penuh duri dan ranjau. Jika anda ingin berjaya menjadi seorang usahawan ternama maka anda perlu berpegang kepada pepatah Melayu yang menyatakan ‘bersusah-susah dahulu bersenang–senang kemudian’.

Menceburi bidang busines ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Anda perlu sanggup berkorban wang dan masa hatta mungkin harga diri anda sekalipun. Ya lah, mungkin anda punya deretan ijazah dari universiti tersohor dan pernah menjawat jawatan tinggi dalam organisasi besar namun bila anda bergelar usahawan, anda perlu merendahkan diri bertemu pelanggan dengan seribu macam kerenah. Anda perlu bersedia untuk tidak dilayan sebagaimana anda biasa dilayan sewaktu anda bekerja dahulu.

Sesungguhnya, mereka yang berjaya dalam bisnes adalah mereka yang betul-betul berniaga. Usaha-usaha yang digembelingkan telah diselaraskan dengan matlamat bisnes mereka.

Sebagai contoh, jika matlamat bisnes ingin menjadi seorang jutawan dalam jangkamasa tertentu, maka padankanlah segala usaha masa, tenaga serta wang ringgit yang dicurahkan untuk mencapai matlamat tersebut.

Setiap perniagaan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Mulakan perniagaan dahulu, rasai susah payahnya dan kemudian barulah anda lebih memahami ciri-ciri perniagaan anda. Saya pernah dinasihatkan oleh kawan saya untuk memulakan bisnes dulu daripada banyak bertanya tentang perkara-perkara yang remeh temeh serta seribu alasan yang tidak munasabah.

Ini tidaklah bermakna anda perlu berniaga apa sahaja dengan sewenang-wenangnya tanpa membuat kajian terlebih dahulu, itu ‘tangkap maut ‘ namanya. Yang saya maksudkan…janganlah membuang masa memikirkan, mencongak dan entah macam-macam perkara yang akan melambatkan momentum anda untuk berbisnes. Lama-kelamaan…yang tinggal hanya cakap-cakap sahaja, bisnes satupun tak jalan.

cartoon

Lihatlah mereka yang sudah berjaya sekarang dan bacalah perjalanan bisnes mereka, sedikit sebanyak saya pasti mereka mengalami kesusahan dan kegagalan pada awal perniagaan.

Secara amnya, boleh dikatakan ciri-ciri kejayaan dalam berbisnes adalah:

  • Semangat dan dorongan yang kuat untuk berniaga. Kebanyakan orang yang tewas di dalam perniagaan adalah disebabkan mereka sudah hilang semangat. Oleh itu carilah sumber-sumber bacaan ataupun sentiasalah bergaul dengan mereka yang sudah berjaya sebagai sumber motivasi anda.
  • Mempunyai personaliti yang menyenangkan serta rekod peribadi yang bersih dan jauh dari sikap-sikap yang tidak baik. Kadangkala sesuatu perniagaan itu boleh jatuh jika dicampur-adukkan dengan perkara-perkara yang tidak baik seperti menipu, tidak amanah dan sebagainya.
  • Mempunyai bisnes yang mempunyai prospek yang baik. Pastikan produk atau perkhidmatan anda mempunyai permintaan dan memenuhi kehendak pelanggan.
  • Ada ilmu dan kemahiran di dalam bidang yang berkaitan dengan bisnes anda.
  • Mempunyai modal permulaan dan pusingan yang mencukupi. Sebaik-baiknya cukup untuk simpanan pembiayaan bisnes selama setahun.
  • Sentiasa mahu membuat peningkatan didalam bisnes anda samada dari segi kualiti produk dan perkhidmatan ataupun diri anda sendiri sebagai seorang usahawan. Sertailah kursus ataupun seminar yang berkaitan.
  • Pandai dan bijak menguruskan wang – tahu membezakan wang bisnes dan wang peribadi.

Seperkara lagi, pilihlah bisnes yang agak ringkas sebagai permulaaan. Bisnes yang kurang risikonya dan dari situ anda belajarlah selok belok perniagaan sehingga anda betul-betul mahir. Kemudian barulah anda memperkembangkan bisnes anda ke bisnes yang lebih besar lagi. Salah satu pilihan awal yang menarik adalah bisnes dari dapur….mudah dan boleh memberikan pulangan yang baik dalam jangkamasa yang singkat. Risiko pun kecil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: