Azian Hasan

Bisnes makanan: masih boleh bertahan ke?

Posted on: November 19, 2008

Mungkin ada kebenarannya bila ramai orang berkata bahawa bisnes makanan masih boleh bertahan walaupun negara berada dalam kegawatan ekonomi yang semakin meruncing.

Sering kita mendengar orang berkata bahawa manusia tetap perlu makan dan minum walau dalam keadaan gawat sekalipun, betul tak?

Menurut kajian Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna yang dijalankan oleh MasterCard Worldwide baru-baru ini , sejumlah 79 peratus rakyat Malaysia berbelanja kira-kira 59 peratus dari pendapatan mereka untuk tujuan hiburan dan makanan walaupun berada di dalam suasana ekonomi merosot.

Pastinya ramai pengusaha makanan menarik nafas lega dengan keadaan sebegini. Tapi kita mesti ingat bahawa lambat laun pengguna kini pasti membuat pilihan untuk mengurangi perbelanjaan makan di luar. Mungkin banyak yang menghadkan atau mengurangkan perbelanjaan makan diluar dengan bertujuan untuk menjimatkan wang. Tambahan pula kemelesetan ekonomi ini dijangka berlarutan untuk satu tempoh waktu yang agak panjang.

Apa yang boleh dan perlu dilakukan oleh pengusaha makanan adalah untuk bertindak secara rasional dan mencari idea–idea baru yang kreatif lagi berinovatif bagi menyelesaikan masalah pengguna.

Kita perlu bijak memasarkan perkhidmatan kita, bijak menarik pelanggan agar terus-terusan datang menjamu selera di lokasi perniagaan kita.

Kempen pemasaran pula perlulah mampu untuk menambat hati sasaran pelanggan kita. Malah tidak salah kalau kita bermain dengan emosi mereka. Misal contoh ialah kita boleh memberitahu bahawa dengan mengunjungi tempat makan kita, mereka bisa mengurangi belanja dapur, – tambahan pulak bagi orang yang selama ini memang jarang memasak. Tak salah kalau secara halus anda “pengaruhi” pelanggan bahawa dengan memasak akan menambahkan beban bagi mereka yang tidak biasa berbuat demikian.

Satu lagi contoh (yang lebih sopan dan baik) ialah dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan ke tempat kediaman pelanggan. Mungkin mereka akan berpuas hati kerana mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk memesan minuman dan mengeluarkan duit petrol.

Inilah waktunya anda boleh mengembangkan bisnes tiffin(mangkuk tingkat) dengan lebih berleluasa. Mulakan dengan menghebahkan kepada pelanggan-pelanggan anda tentang bisnes tiffin ini. Berilah seberapa banyak pilihan masakan dengan banyak pilihan harga. Pastinya anda perlu memasukkan kos penghantaran.

Jangan risau, dalam keadaan carahidup sekarang, pembeli tidak akan banyak karenah dengan caj untuk penghantaran. Boleh dikatakan kesemua restoran makanan segera sudahpun menggunakan kosep sebegini.

Pendekata, kita sebagai peniaga perlulah sentiasa kreatif memikirkan jalan penyelesaian sekaligus dapat menjalankan perniagaan kita seperti biasa malah semakin bertambah maju.

Oleh itu wahai pengusaha-pengusaha makanan, berilah kelainan bisnes anda mengikut situasi pelanggan anda. Kenali masaalah mereka dan tawarkan jalan penyelesaian mengikut kesesuaian bisnes anda. Buat tindakan secepat mungkin sebelum orang lain .

Selamat Maju Jaya’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: