Azian Hasan

Catatan kejayaan

Posted on: November 17, 2008

Saya percaya ramai yang mengenali Martha Stewart. Beliau merupakan seorang persoanliti televisyen terkenal di Amerika Syarikat yang popular dengan rancangan santaibual bicara tentang gaya hidup masa kini. Kami pasti ramai daripada anda yang mengikuti rancangan TV beliau di ntv7.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Martha Stewart telah merevolusikan budaya gaya hidup di Amerika melalui pelbagai rancangan TV serta penerbitan beberapa buku dan majalah berkaitan resipi makanan, dekorasi dan kraftangan. Hasilnya beliau kini dikatakan wanita kedua paling kaya dalam industri televisyen di Amerika selepas Oprah Winfrey.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan latar belakang Martha Stewart. Beliau merupakan berasal dari sebuah kelaurga yang mementingkan kerjasama di rumah. Sedari kecil beliau didedahkan dengan pelbagai aktiviti rumah seperti memasak, seni taman, dekorasai dan kraftangan. Kemahiran yang dikutip sewaktu membesar bersama keluarga ini kemudiannya ditransformasi untuk membentuk sebuah empayar bisnes yang hebat.

Walaubagaimanapun setelah lulus denga jazah dalam Sejarah dan Seni Bia Sejarah dari Kolej Barnard di New York, beliau telah berkahwin dengan Andy Stewart dan bekerja sebagai seorang broker saham.
Pada tahun 1973, beliau telah berhenti daripada menjadi seorang broker saham kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anak tunggal beliau Alexis.. Pada waktu yang sama mereka telah berpindah ke Connecticut dan merubah suai rumah mereka. Martha terlibat secara langsung dengan projek ini dan kemahiran dan kesenian beliau terserlah pada waktu ini.

Pada tahun 1976, beliau telah memulakan bisnes katering daripada aras bawah tanah rumah mereka di Connnecticut. Ini merupakan permulaan kepada sebuah kejayaan yang tidak diduga bagi Martha. Setahun selepas memulakan bisnes, beliau menerima tempahan katering di syarikat suaminya dan sewaktu ini berkenalan dengan seorang penerbit buku terkenal.

Alan Mirken, the head of Crown Publishing Group. Mirken begitu teruja dengan bakat Martha lantas menawarkan beliau untuk menulis buku masakan. Hasilnya ialah buku Entertaining yang mendapat sambutan luar biasa pada waktu itu. Semenjak itu, Martha Stewart terus mengorak langkah sehingga kini bisnes beliau dikatakan bernilai berbilion ringgit.


Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: