Azian Hasan

Santai Sunday: Buat kira-kira dahulu

Posted on: November 11, 2008

Sudah agak lama saya memerhatikan sebuah kedai yang tidak bernama terletak berhampiran dengan kawasan kediaman saya.  Pada awalnya saya ingatkan kedai tersebut kosong atau kedai yang dibuat sebagai stor barang-barang.  Pada satu malam semasa saya menghantar anak-anak mengaji Al-Quran, ternampak pulak bahagian hadapan kedai tersebut dibuka .  Wah, macam nak buka cafe ala-ala Starbuck aje, dengan deko yang esklusif dan dinding bercermin menampakkan ruang dapur yang penuh dengan peralatan membuat kek dan roti yang serba canggih dan lengkap.

Anggaran saya tak lama lagi tentu kedai ini akan dibuka atau setidak-tidaknya akan adalah signboardnya.  Tunggu punya tunggu sampailah beberapa bulan kemudian barulah kedai tersebut beroperasi.  Oh..rupa-rupanya kedai bakeri . Saya pun pergilah menapak dan meninjau-ninjau  kedai tersebut dan memanglah saya terpegun dengan peralatannya  yang lengkap siap dengan kotak dan plastik bungkusan yang ditempah khas untuk kedai tersebut. Kedainya memang elegant dengan ruang bersantai yang esklusif siap dengan sofa leathernya yang agak mahal.  Tapi yang peliknya kenapa signboardnya sampai sekarang tidak dinaikkan.  Bukankah itu penting supaya orang tahu akan kemunculan perniagaan kita?

Yang menjadi tanda tanya saya dan agak mengecewakan juga adalah kerana produk yang dijualnya tidaklah semegah peralatan yang ada di kedai tersebut.  Hanya beberapa jenis cupcakes dan kek yang biasa-biasa sahaja.  Seingat saya tak ada roti atau yang seumpamanya dijual. Hmm, dalam hati saya berkata “Ini bakeri ker atau sekadar hobi? Kalau hobi, alamak mahalnya hobi tuan punya kedai ni.

Pada perkiraan saya jika kesemua kek-kek itu dijual pada hari tersebut, pendapatannya pasti kurang dari Rm 100. Bagaimana perniagaan itu akan kekal dan mendapat pulangan dari penjualan kek-kek tersebut. Jika setakat menjual untuk membuat tempahan, tidak perlu rasanya mengeluarkan modal yang banyak untuk membuka kedai.  Cukup sekadar beroperasi dari rumah , rasanya lebih lumayan pulangannya….bukan begitu…

Saya bukanlah berniat unutk mengkritik perniagaan sesama bangsa kita. Pada saya pengusaha kedai tersebut adalah seorang yang berani mengenengahkan idea yang agak berlainan dari orang lain . Tetapi biarlah tindakan kita itu kena pada tempat dan suasananya.  Perniagaan sebegitu, pada hemat saya, sesuai dijalankan di shopping complex dan bukannya bersebelahan dengan restoran mamak di kawasan perumahan yang agak tersorok dan gelap.  Buatlah kira-kira dahulu sebelum memulakan perniagaan.  Yang mana lebih penting dan perlu didahulukan ..supaya perniagaan akan terus kekal dan berkembang maju.

Santai Sunday berkata:

Tak kira samada perniagaan yang kecil atau besar, mesti ada perkiraan dari duit modal permulaan. Berapa bahagian unutk renovasi, untuk membeli perlatan dan sebagainya. Yang penting lebihkan kepada pemasaran, modal pusingan dan perkara-perkara luar jangka.

Toleh kiri dan kanan sebelum memulakan perniagaan. Kaji ciri-ciri bakal pelanggan – adakah bersesuaian dengan konsep perniagaan. Jika hendak membuat kelainan, kaji dahulu kuasa membeli mereka.

Tak dapat tidak, perkara utama perniagaan makanan adalah sedap, punya pelbagai pilihan, suasana tampak bersih dan servis yang cepat. Yang lain-lainnya adalah bonus terhadap perniagaan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: