Azian Hasan

Inovasikan produk anda

Posted on: October 21, 2008

Piza Awesome Foursome.


Kami sekeluarga memang sukakan Domino’s Pizza (ini bukan iklan Domino’s Pizza ya).  Citarasanya yang menepati lidah orang Malaysia memang menjadi pilihan kami sekeluarga.  Pernahkah anda terfikir pizza( makanan orang Itali) boleh diterima oleh masyarakat Malaysia yang rata-ratanya makan nasi.  Mungkin pada awal 80-an dulu, ramai akan mencebik bila melihat orang kita makan pizza dan ianya hanya mampu dibeli oleh orang yang berduit sahaja.  Tapi lihatlah sekarang segenap lapisan masyarakat , bangsa dan umur sukakan pizza sehinggakan ibu saya yang dulunya tak boleh nak telan benda-benda pelik macam tu , teramat sukakan pizza.

Saya teringat semasa saya menghadiri kursus keusahawanan tidak berapa lama dahulu. Salah seorang dari speaker mengatakan bahawa jika kita memikirkan produk makanan apa yang hendak dijual, mungkin salah satu pilihannya adalah makanan yang sedang hit di tempat lain terutamanya di negara barat.  Kita gunakanlah daya inovasi untuk mengolahnya supaya boleh diterima oleh masyarakat kita.  Lihat sahaja kemunculan ‘1901’ yang sepenuhnya dimiliki oleh orang melayu, mampu berjaya mengolah resipi barat sehingga diminati oleh masyarakat tempatan.

Bagaimana dengan anda ? Nak mula berniaga makanan? Fikir-fikirkan apakah produk yang akan anda jual biar lain dari yang lain.  Mulakan sedikit demi sedikit dan ianya boleh bermula hanya dari dapur anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

October 2008
M T W T F S S
    Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: