Azian Hasan

Serasi dan sepadan

Posted on: October 14, 2008

Biasanya kalau sesiapa yang hendak mencari pasangan hidup, lumrahnya hampir semua pasti memilih pasangan yang serasi dan sepadan.  Teringat semasa zaman saya muda-mudi dahulu, ada juga, bila berkenankan seseorang mulalah mengira abjad nama mengikut item tanah, air, api dan angin.  Konon-kononnya kalau kebetulan abjad nama kita berakhir dengan item yang sama dengan pasangan kita …jadi serasi dan sepadan lah tu..Kalau air dengan api o.k lagi tapi kalau api dengan api, mintak dijauhkan.  Anda bagaimana? Ada tak anda gunakan cara ni? ( Jangan ikut lagi cara ni, mengarut!)

Begitu jugalah dalam kita berbisnes, serasi dan sepadankanlah  bisnes dengan diri kita dahulu. Biarlah bisnes yang akan kita pilih serasi dan sepadan dengan  bakat, kemahiran, personaliti dan duit yang ada dalam poket kita.  Barulah bisnes kita nanti senang berkembang dan maju jaya.

Kadangkala kesalahan pertama kita di dalam dunia berbisnes adalah salah memilih jenis bisnes yang hendak diceburi. Impaknya, makin lama makin kita terasa menjalankan bisnes menjadi semakin susah lalu kita jadi cepat bosan  dan mudah mengalah.  Kena pulak kalau bisnes kita menghadapi cabaran dan rintangan. Akhirnya bisnes kita pun akan cepat gulung tikar.

Jadi langkah awal paling utama sebelumm kita memulakan bisnes ialah dengan memilih bisnes yang serasi dan sepadan dengan diri kita sendiri. Jangan ikut orang lain.  Orang lain boleh buat duit namun belum tentu kita boleh buat jugak!  Tanya diri anda sendiri dan ukur kemampuan diri sebelum membuat pilihan.

Selamat berbisnes!

2 Responses to "Serasi dan sepadan"

Wooowww… sudah berjaya nampaknya… congratulasiiiiiiiiiiiiii
Looks good babe..

aku skg msih x dpt hasil @ income dr internet… slamat berkenalan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Kalendar

October 2008
M T W T F S S
    Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
rk.ph
Bookmark and Share

Favourite

Top Clicks

  • None

Archives

%d bloggers like this: